Thursday, October 23, 2014

Naga Yang Lelah.

Saya merasakan dunia ini terlalu sakit dan kecamuk. Terlalu banyak yang mahu saya selesaikan. Terlalu banyak yang mahu saya fahami. Terlalu banyak yang mahu saya tangani. 

Namun, saya tak punya kemampuan. Lalu saya lelah. Semuanya sungguh memenatkan.

Jika benar ada semangat diri seperti naga. Naga itu sudah tersungkur di pintu gua. 

Saya harus merehatkan diri yang kepenatan. 

Moga dengan rehat dan ketenangan, musim bunga kembali membaja hati.



1 comment:

Elhakim said...
This comment has been removed by the author.