Friday, July 05, 2013

Duduk menulis!!!


                                          Berusaha lagi writer cat!!! Positif!!!

Kuasa berfikiran positif sahaja tidak memadai untuk menjadi seorang penulis. Penulis perlu kuasa untuk memiliki dirinya sendiri. Berseorangan. Menikmati berseorangan dengan kesungguhan.

Di bawah langit.
Di bawah bumbung.
Di atas bukit.
Di meja.
Di kerusi.

Lalu bila berseorangan itu telah dipenuhi, penulis tidak boleh diam dan berfikir apa yang patut dibuat. Penulis hanya terus buat. Menulis dan menulis watak demi watak yang muncul satu persatu atau berlanggaran antara mereka.

Maka aku perlu berhenti di sini. Kerana yang ini tidak penting, yang penting aku duduk dan berdarah jemariku!!!  

http://newswithtags.com/Body/productivewriters-why-writers-need-free-time-alone#.UdedxuBvDHg