Monday, January 11, 2010

Ratna Mulya dah tunggu kau cukup lama!!!

Yang mana harus aku percaya?
Bahawa aku adalah seorang yang lemah atau bahawa aku seorang yang boleh melakukannya. Sudah bertahun lamanya, aku dalam keadaan seperti ini. Didalam yakin dan tidak yakin untuk mendaki gunung penulisan. Berfikir sahaja sudah menghabiskan masa aku, sedangkan sebaliknya masa itu harus ku pergunakan buat memerah ilham dan penyelidikan. Kadang-kadang aku juga tenggelam dalam artikel yang ku rujuk. Tenggelam dalam kemajmukan idea yang berlautan menjadikan aku lemas dan lesu.

Aku akan berenang-renang di antara idea dan lemas dalam suatu bab yang kemudian aku terdiam ditengahnya atau pun aku akan berulang alik di antara idea yang membuat aku padam dan tulis lalu padam dan tulis lagi. Masih di situ.

Sebenarnya aku sedang mencari "sparks" dan "booster", mencarinya dengan menghadiri bengkel-bengkel penulisan. arghhh....sempadan itu satu pemikiran.....

Aku mesti percaya, kerana percaya akan membenarkan kepercayaan. Andrew Mathews dalam Follow Your Hearts pun ada sebut, fikiran negatif dah berpuluhratusan ribu kali berulangan dalam fikiran kita, fikiran positif dan percaya kepada diri itu mesti diperkuatkan bagi melawan aliran negatif.

Faizah Mohd Shafawi!!! Ratna Mulya dah tunggu kau cukup lama!!! Marah diri sendiri..

5 comments:

farahusain said...

Sentiasa positif Faizah! Saya yakin awak boleh buat. Gunakan ilmu di bengkel hari tu sebaik mungkin. Ratna Mulya, i'll be waiting for you! :)

Nora Fuad said...

sis, anda sebenarnya lebih hebat daripada yang anda fikirkan.

ramai orang yang hebat bermula dari bawah dan tidak pula menjanggkakan akan menjadi 'sebegitu hebat'

Puteri Daluwarsa said...

Farah,

Terima kasih atas keyakinan awak. Saya kena positifkan diri tiap saat supaya tak patah semangat. Datang bengkel dan berjumpa dgn kawan-kawan memberi motivasi kepada diri. Thanks Farah. :-D

Puteri Daluwarsa said...

Sis Nora,

Terima kasih sis, atas ingatan itu. Saya selalu tiba-tiba rasa rendah diri dan tidak percaya diri. Sebab itulah saya asyik mundar-mandir di tempat yang sama. huhhuhu..

sekarang saya berusaha positifkan diri. Yang penting kerjanya...part yang itu saya kena kuat semangat...heeee..Terima kasih sis, atas sokongan. :-D

Misdhiaz said...

situasi kita serupa... sayangnya aku tidak sempat ke bengkel itu kerana masalah kesihatan.. moga kamu berjaya mendaki cita2 lama kerana tidak ada yang tidak mustahil selagi kita punya cita2.