Wednesday, December 02, 2009

Letih

Menjeruk dalam perbendaharaan
Di dalam kotak yang dipintukan
Menguliti perihal urusan berencana
Menjenuhi tugasan yang datang bergolek
Melenguhkan segenap atma dan fikiran
Membuatkan kerinduan yang dalam kepada alam
Pantai yang damai dengan air kebiruan
Gunung yang hijau dengan keramahan bayu

Aku letih...dan rindukan alam yang indah

2 comments:

Nora Fuad said...

as salam,

nice,pure and simple, yet meaningful..

Puteri Daluwarsa said...

salam sis,

terima kasih. letih dikelilingi dinding, dipagari rutin kerja. Terus membayangkan suasana damai di tepi pantai untuk melepas lelah sebentar. Tak sabarnya nak bercuti... sigh...