Saturday, December 19, 2009

Bengkel Penulisan Puisi anjuran AVA

Puisi adalah nyawa cintaku. Yang menjadi alunan nyanyian kehidupanku. Namun sebenarnya aku sudah payah menulis puisi semenjak arwah abah pergi. Sepertinya aku juga telah menjenazahkan ilham puisi yang mendatang. Aku kini mahu kembali mencoret rasa dalam untaian kata yang serba indah, seperti di sebuah alam fantasi yang serba sempurna. Mataku terhadap puisi. Tetapi puisi bukan sedemikian sifatnya. Ia terkadang boleh mencungkil keperitan hidup paling payah seorang manusia. Bahawa hidup ini ada seribu warna untuk dilihat dan seribu rasa untuk ditelan.

Tak sabar nak pergi Bengkel Penulisan Puisi anjuran Agensi Villa Aksara(AVA). Moga permata ilham ini dapat aku gilapkan dibawah tunjuk ajar Prof. Rahman Bin Shaari.

Mari ramaikan bengkel puisi ini. Menggilap bakat yang sebenarnya ada dalam diri kita.

Tarikh : 7 Febuari (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (ICY)
Masa : 9 pagi - 4 petang
Puisi : Menyertakan sebuah puisi / sajak (sila emel ejenmanuskrip@yahoo.com)
Yuran bengkel : RM 100.00

Maklumat lanjut, jom ke blog AVA di http://www.ejenmanuskrip.blogspot.com/

4 comments:

Nora Fuad said...

as salam,selamat berpuisi..kak nora kalau puisi ni tak minat sangat.. masa sekolah dulu adalah cipta juga.. he he,tapi baca sendiri pun macam tak best.lebih suka cerpen,cereka atau rencana.
mungkin berminta untuk pergi kursus mengenali peribadi melalui tarikh lahir, RM 50 sahaja,semak akhbar metro,b.harian. Dr azizan. best fren kak kata,best.

Nora Fuad said...

thanks for the link, tapi link tu rasanya salah connection..

Puteri Daluwarsa said...

Sis Nora,

jom la pi bengkel puisi ni. Gurunya didatangkan dari UM. Boleh kita jumpa pulak. ;-D

link tu saya dah cuba, tapi x mau jadi lak. pelik tul.

Khar said...

Kena buang dulu www baru jadi. :)

Nampaknya harapan tipis untuk bengkel ini.