Wednesday, December 30, 2009

Aku Mahu Belajar


Muka surat daripada Hikayat Abdullah. Edisi pertama dan ditulis antara tahun 1840 - 1843 oleh Munshi Abdullah(1796–1854).


Aku mahu belajar
daripada Munsyi Abdullah
yang memahami hidup lalu menulis
walau zamannya tiada menuntut

Aku mahu belajar
daripada Dato' Onn Jaafar
yang memahami keperluan lalu menggerakkan
walau bangsanya tiada mengenang

Aku mahu belajar
daripada Pendeta Za'ba
yang melihat diri seluas alam
walau umatnya tiada memaham

Aku mahu belajar
daripada Pak Hamka
yang mengajarkan falsafah kehidupan
walau manusia semakin memudarkan ertinya

Aku mahu belajar.

11 comments:

Putri Lily said...

Salam Ariyatna,

Salam perkenalan dan terima kasih kerana berkunjung ke blog lily. Sangat2 menghargai.

Sokong niat suci, berkenalan dulu di blog baru insya-Allah bertemu kita di bengkel nanti.

Btw lily juga meminati puisi. Link ke blog puisi lily> http://seagungputriseindahlily.blogspot.com/

Puisi2 Ariyatna indah sekali dan memberi erti. :)

~Putri Lily~

mohamadkholid said...

kita sdg belajar - sampai hujung nyawa

Maria Kajiwa said...

puisi yang menarik

Puteri Daluwarsa said...

Salam Lily,

Best sangat dapat jumpa Lily. Actually x puas cerita panjang hari tu. Keep in touch.

Lily saya dah pergi blog puisi Lily. Puisi yg indah :-)

Puteri Daluwarsa said...

Mohamad Kholid,

sampai hujung nyawa..ya benar sekali.

Puteri Daluwarsa said...

Maria Kajiwa,

Terima kasih, datanglah selalu. Moga puisi di sini tidak kesepian.

Nora Fuad said...

as salam, hai sis,


mana lah tak mahu cuti,rasa dah mereng separuh dah

Putri Lily said...

Salam Ariyatna,

Ada 2 3 nama rupanya kamu ni ya... hehe. Tapi dah sedap dgn Ariyatna.

Terima kasih berkunjung ke blog Lily. Bila lagi Ariyatna nak letak chat box? Boleh juga sembang2. hehe... mcm bnyk masa gitu eh.

Btw Lily dah link ke blognya.

~Putri Lily~

Puteri Daluwarsa said...

Sis Nora,

Separuh mereng takper, jangan mereng habis tau.

kerjaya cikgu ni memang mencabar kesabaran, heheh...saya lahir dalam keluarga cikgu dan pernah memberontak dengan mak dan arwah abah sebab tak mau jadi cikgu.

Sampai sekarang mak saya masih sebut..dan setiap kali disebut itulah juga saya akan memberontak lagi. Sebab bagi saya tugas cikgu itu mendidik setiap anak muridnya tanpa ada seorang pun yang ditinggalkan.

Salute Sis Nora, sebab sis seorang cikgu dan semestinya Sis seorang yang sabar. ;-)

Puteri Daluwarsa said...

Lily,

Sebenarnya nama yang paling saya suka adalah nama saya sendiri, Faizah @ Faiz ;-D

Namun saya jatuh hati dengan nama Ariyatna, seorang puteri di Tanah Daluwarsa yang melanggar saya dari alam fantasi.(Dah mula berangan dah..)

Saya dah link Lily juga. Thanks.

Chatbox..tgh cari yang berkenan..hehehe

tepianmuara said...

owh...cantik sekali!

ringkas, bermakna