Sunday, August 09, 2009

Keluarkan aku dari hitam dan masukkan aku dalam putih.

Aku selalu percaya dunia ini perlu dipenuhi dengan cita-cita dan impian. Melalui cita-cita dan impian kehidupan manusia akan menjadi lebih baik, bermakna dan penuh kepuasan yang indah. Kontradiknya, aku dibesarkan dalam sebuah keluarga konservatif yang berlingkar fahaman pesimistik dalam apa jua yang berlaku dalan persekitaran. Lalu aku menjadi pemberontak yang berjuang demi cita-cita dan impianku. Ironinya, aku sebenarnya masih terperangkap dalam dunia bersifat pesimis yang aku warisi dan pengharapan yang amat tinggi dalam mengejar apa yang ku panggil impian.

Aku masih dalam kotak itu...hahahahaahah..kelakarnya (sadisnya), perubahan mana yang aku tunggu? Minggu lepas, aku mula menghantar mesej pesanan ringkas (sms) kepada diri ku sendiri. Aku memberitahu diri aku sesuatu yang aku tahu dan aku hendak pegang. Penyerahan kepada Tuhan Yang Naha Memelihara. Menulis. Kekuatan. Keyakinan. Tiang yang menegakkan itu ada dalam diri sendiri.

Aku dulu manusia yang lupa, ketakutan, kelemasan dalam keresahan.Aku boleh meletakkan pernyataan negatif yang panjang tentang keseluruhan nasib hidupku (pesimis yang membunuh).

Tetapi senyuman, ketawa, bicara lucu, perjuangan tanpa rungutan, usaha tanpa lelah dan menghiraukan diri sendiri oleh seseorang yang sangat teguh kasihnya membuatkan aku perlu melakukan sesuatu. Apakah aku mahu membunuh semangat insan yang sangup meneman hidupku?

Aku bersungguh keluar dari dunia pesimis yang gelap seolah dipenuhi algojo yang sedia menghukum. (Satu pernyataan kehitaman dan kesuraman yang masih ada dalam atma..kikis)

Aku harus memandang dunia dengan pandangan serba indah dan serba keyakinan. Segalanya ada jalan keluar dan penyelesaian. Senyuman adalah ubat terbaik. Keyakinan, kejujuran dan kesungguhan adalah jalan yang luas terbentang. Pilihan adalah milik aku. Itulah akal. Akal bergantung kepada diri sendiri. Akal adalah kurniaan Allah SWT, Pencipta Yang Maha Agung yang meletakkan balasan pahala dan dosa adalah tanggungan manusia yang melaksana dalam pilihan dan penggunaan akal sendiri.

Ya Allah ku pohon, peliharalah aku dan insan yang ku cintai dalam Rahman dan Rahim MU Yang Maha Luas melebihi luasnya alam semesta.

2 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Dey, besar mana sangat kotak yang kau huni tu, selesa sangatkah? Mari keluar dengan semangat yang jitu! Mana novel kamu?

Puteri Daluwarsa said...

Kotak tu tak besar, kotak tu yang menyediakan jalan dapat gaji setiap bulan dan tempat berteduh setelah tolak elaun kediaman. Nilai pekerja kerajaan adalah untuk masyarakat, itulah kotak yang aku diam sekarang. Tapi aku marah sebab kotak tu memang tidak menghargai aku sebagaimana sepatutnya. Aku tak kuat macam bro.

Dan sekarang adalah masa untuk Tuan Belakios Inkatus melebarkan sayap Ceritera Cinta. Aku sedang menunggu masa aku, Bro.

Thanks sebab mengingatkan. Sangat-sangat menghargainya.