Monday, June 01, 2009

Sejauh Mana Aku Peduli Tentang Diri?!!

Sejauh mana aku peduli tentang diri. Sejauh mana aku menulikan hati. Sejauh mana hilang segala rasa hati dan perasaan. Benarkah aku manusia yang sudah mengenal diri dan jiwaku sendiri.

Aku selalu berkata, bermula dengan mengenal diri sendiri, dan pulang kepada mengenal diri. Namun aku sebenarnya menjauhkan diriku dari diriku sendiri. Pengakuan mana yang tidak pernah ku dengar dalam lubuk jiwaku, tapi benarkah lubuk jiwa yang paling dalam itu mengiktiraf bahawa aku memerlukan pencerahan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa hitam dan bersopakan hatiku. Aku tahu dan aku baca. Aku tahu dan aku mengerti. Sehingga mana pun jika kudrat dan jasad ini tidak melaksana, tidak akan ada sedikit jua gerak dalam takdirku. Sesungguhnya aku memang merugi.

Allah Yang Maha Agung senantiasa memandang hambaNya. Dia senantiasa memberi kepada hambaNya. Kepada hambaNya yang melaksana, berfikir dan membuat. Berfikir dan berkudrat. Berfikir dan menjadikan. Bukan untuk memberi sebab, tetapi untuk memberi balasan. Ganjaran.

Astaghfirullahalazim...

Ya Allah.
Ampunkan hambaMu.
Aku tahu, tetapi aku juga menjauhkan tahu.
Ku pohon, Ya Tuhanku, Ya Rabb, Ya Rahim,
Ku pohon, kekuatan buat hambaMu melaksana dengan faham.
Amin...Ya Rabbal a'lamin


Sesungguhnya aku hambaMu yang sangat jauh dari faham.

No comments: