Tuesday, March 31, 2009

Melangkah ke hadapan

Melangkah ke hadapan adalah sesuatu yang kita sebagai manusia lakukan setiap hari. Melangkah ke hadapan dalam kehidupan juga bermakna bertambahnya usia dalam kehidupan. Juga itu bermakna bertambahnya pengalaman kita. Namun sejauh mana kita berubah dan sejauh mana kita telah melangkah ke hadapan adakah kita fikirkan? Atau sebenarnya kita adalah orang yang sama tak berubah. Demi masa manusia dalam kerugian, begitulah Allah SWT mengenali makhluknya.

Be true to yourself...jadilah sejujurnya terhadap diri. Maka engkau akan mengenali sejauh mana engkau melangkah. Manusia yang tidak berubah, adalah yang selesa dengan rutin hariannya. Tiada kepayahan yang diharungi. Tiada matlamat yang hendak dicapai, namun jika ada matlamat, ia tidak dilaksanakan. Fikir tanpa buat.


Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

2 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Salam,

Ni nak pesan ni, bila novel nak siap?

Puteri Daluwarsa said...

dalam mimpi dah siap dah :(