Wednesday, December 24, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 dan 2009

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang kadangkala kita rasakan tidak adil menimpa diri kita yang amat kerdil ini. Kesusahan yang bertimpa-timpa, kehilangan orang tersayang, hutang yang bertimbunan, tiada teman dekat yang mengerti, pekerjaan yang tak menentu. Semuanya menjadi seribu beban yang tak tertanggung, sehingga dalam ucap syukur kita pada Allah kita sangsi dengan rezeki KurniaanNya. Kita sangsi KeadilanNya. Sehingga tidak nampak apa jua yang sedang diperlihatkan olehNya. Aku pernah sampai ke tahap itu, namun dalam masa yang sama aku juga dapat memahamkan apa erti ujian dan dugaan.

Ya Allah, Yang Maha Agung, Yang Maha Adil
Aku melihat KeadilanMu sedang berlangsung dalam segenap mayapada kehidupan
Aku melihat kecintaanMu pada setiap makhluk yang Engkau ciptakan
Aku percaya kasihMu sedang menyirami jiwa hambaMu ini.
Aku kembali menulis di sini.

Aku terasa berterima kasih dengan Andrea Hirata dengan karya Lasykar Pelangi yang menggugah jiwa dan membukakan mataku pada impian bukan sekadar mimpi. Seperti puisi lama yang ku tulis Bersayap Mimpi Dalam Hati

Mimpi itu bukan satu angan dalam gapaian bayangan fikir, ia adalah satu impian, cita-cita, kesungguhan yang dicintai. Mencapainya adalah kepuasan paling nikmat dalam hidup. Mencapainya pula bukan dengan renungan panjang sahaja. Aku akur banyak silap dan khilafku adalah kerana memandang diriku dengan rendah. Lalu aku meletakkan diri aku jauh dari penulisan. Aku kecewa dalam kecewa yang gila kerana aku kecewa sebelum mula.

Lasykar Pelangi menyedarkan aku mimpi yang diusahakan tanpa lelah pasti berhasil sangat manis.

Selamat Tahun Baru 1430 dan 2009.

8 comments:

begejil said...

salam kenal.........

numpang baca ya....
thanks

mohamadkholid said...

salam...
byk info, boleh singgah selalu!

Puteri said...

salam ariyatna,
mimpi itu titian kepada realiti..

Puteri Daluwarsa said...

mohamad kholid,
salam kenal. singgah2 lah, boleh kongsi info :)


Puteri,
salam kenal juga, memang mimpi itu titian, tanpa impian kita tidak kenal diri kita. :)

Puteri said...

Puteri sudah lama kenal puteri 'DHIA' ini :) aka razra lama dulu..

kata kanda zalisa, gaya penulisan kita serupa ;)

mmg.. itu juga yg diri ini rasakan. kerana itu sering bertandang ke sini :)

Puteri Daluwarsa said...

Puteri,

la...saya pegi laman razra. lain betul dah. selamat bertemu kembali :)

yang penting kini adalah mencari titik-titik temu dalam tindakan diri kita sehingga impian itu jadi nyata. Dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya bertemu jalan ke arah impian.

Sherre Al-Yahya said...

salam..kamu penulis lasykar pelangi?

Puteri Daluwarsa said...

Sherre Al-Yahya,

salam kembali. Andrea Hirata adalah penulis Lasykar Pelangi. Saya cuma peminatnya. :-)