Tuesday, August 12, 2008

Pelajar UiTM Tunjuk Perasaan

Semalam pembantu kepada pembantu ketua turus pemegang tombak Kerajaan Negeri Adikuasa Tanah Ini terkejut melihat sekalian rakyat jelata yang muda belia belaka berhimpun dengan berpakaian serba hitam dihadapan gerbang kota pentadbiran. Sayang sekali tidak dibawa kotak perakam gambar waktu itu. Telahanku gelagat luarbiasa ini pasti berkaitan dengan cakap-cakap Ketua Adikuasa Kerajaan Negeri Adikuasa Tanah Ini yang mahukan Gedung Utama Ilmu Tersohor Melayu di atas bukit itu menerima bangsa lain sebagai pelajarnya. Lalu berita malam tadi mengesahkan telahanku. Sudah lama seluruh pelusuk Kerajaan Adikuasa Tanah melayu termasuk Kerajaan Adikuasa Tanah Ini tidak menyaksikan rakyat jelata muda belia berhimpun sebegini ramai menyatakan pendirian. Jika tidak tujuan himpun-himpun cuma untuk aksi terbang di atas kenderaan dua roda.

Mereka bersemangat menyanyi lagu rasmi Gedung Utama Ilmu Tersohor Melayu dan lagu warisan. Masih ingat lagu warisan? Aku bisa menangis dan tombak yang ku pegang bisa patah kerana kejapnya genggamanku.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita


Para sahabat yang masih ingat lirik ini, boleh sambungkan. Daku tidak ingat keseluruhannya.

Aku melihat beberapa perkara,

Gedung Utama Ilmu Tersohor Melayu di atas bukit itu baik untuk anak bumiputra yang miskin dari seluruh pelusuk kampung yang tidak akan berpeluang belajar di gedung ilmu berbayar. Peluang yang dibuka kepada bangsa lain akan menutup peluang bangsa asal tanah ini kerana tempatnya telah diambil. Jika mahu dibuka kepada bukan bumiputra juga, harus pula kolej-kolej swasta milik bukan bumiputra meningkatkan pengambilan pelajar bumiputra dan kerajaan menyediakan mekanisma biasiswa khas untuk pelajar bumiputra yang masuk ke kolej swasta kerana yurannya yang mahal.


Tiadalah kuasa atau hak perundangan kepada Ketua Adikuasa Kerajaan Negeri Adikuasa Tanah Ini untuk melaksanakan cakap-cakapnya itu.


Walaupun Gedung Utama Ilmu Tersohor Melayu dibuka kepada bukan bumiputra, ia sekadar menjadi seperti IPTA lain. Budaya pergaulan pelajar Melayu, Bumiputra, Cina, India di IPTA tidaklah mesra alam pun, sekali-sekala terpaksa membentuk kumpulan tugasan mengikut syarat pensyarah iaitu mesti ada komponen antara kaum. Kumpulan pelajar cina akan memaksimumkan ahli kumpulannya dengan pelajar cina sahaja dan akan kutip seorang pelajar bumiputra untuk melengkapkan syarat.

Bagiku itu adalah tanda bibit keretakan perpaduan kerana sebenarnya tiada interaksi persahabatan antara kaum berlaku. Kenapa itu berlaku? Perpaduan teras kejayaan tetapi sejauh mana kualiti perpaduan yang kita miliki?

Bagiku sekolah adalah alat perpaduan yang paling berkesan. Pendidikan bermula daripada anak kecil, tetapi anak-anak kecil kita tidak belajar di sekolah yang sama. Melayu di sekolah kebangsaan, Cina di sekolah jenis kebangsaan cina dan india di sekolah jenis kebangsaan tamil. Anak-anak Malaysia membesar dengan hanya mengenal bangsa sendiri. Tidak mengenal mengapa mereka harus membesar bersama di Tanah Melayu yang kemudian menjadi Malaysia. Semasa tanah ini bergelar Tanah Melayu, anak-anak imigran di Tanah Melayu diterima dengan syarat mudah kerana semangat hendak merdeka yang menghantui Tunku Abdul Rahman. Dato' Onn Jaafar berkeras dengan pihak British mahu hanya kaum pendatang yang taat kepada Tanah Melayu diterima menjadi warganegara Tanah Melayu. Prinsip Dato' Onn Jaafar melambatkan usaha ke arah kemerdekaan. Sudah masuk bab sejarah ni! Sila rujuk Pengasas Negara Bangsa tulisan Prof. Ramlah Adam.


Sebagai pembantu kepada pembantu ketua turus pemegang tombak Kerajaan Negeri Adikuasa Tanah Ini, aku telah melihat sedikit yang dilepaskan, banyak pula yang diambil peluang.

Sudahlah Tunku Abdul Rahman banyak melepaskan sehingga kita hari ini meyaksikan hasilnya. (Aku rindu Dato' Onn Jaafar).


Gambar dipetik daripada Berita Harian

5 comments:

fssf said...

Bagi aku orang politik ini sama saja, tiada beza. Apabila punggung telah terhenyak di kerusi yang empuk, segala janji terbang keluar melalui jendela kamar!

sf

Mersik said...

Hiyaa.. pasal itu ka? Iksh iksh. Mati2 laa sy ingatkan pasal nak turunkan harga minyak.

Nampaknya , sy seoranglah saja yang menyertainy dengan maksud yg kesasar jauh..

Ooops.. hik hik

Belakios a.k.a Naz said...

Lain kali kin snap ajer trus.

JEFFROCKERS said...

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara 3x


(betul kan jika salah .. )

Belakios a.k.a Naz said...

Hahaha. Teringat satu ketika buat group assignment HR kita sorang saja lelaki vs 10 orang perempuan. hahahahah.