Wednesday, December 24, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 dan 2009

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang kadangkala kita rasakan tidak adil menimpa diri kita yang amat kerdil ini. Kesusahan yang bertimpa-timpa, kehilangan orang tersayang, hutang yang bertimbunan, tiada teman dekat yang mengerti, pekerjaan yang tak menentu. Semuanya menjadi seribu beban yang tak tertanggung, sehingga dalam ucap syukur kita pada Allah kita sangsi dengan rezeki KurniaanNya. Kita sangsi KeadilanNya. Sehingga tidak nampak apa jua yang sedang diperlihatkan olehNya. Aku pernah sampai ke tahap itu, namun dalam masa yang sama aku juga dapat memahamkan apa erti ujian dan dugaan.

Ya Allah, Yang Maha Agung, Yang Maha Adil
Aku melihat KeadilanMu sedang berlangsung dalam segenap mayapada kehidupan
Aku melihat kecintaanMu pada setiap makhluk yang Engkau ciptakan
Aku percaya kasihMu sedang menyirami jiwa hambaMu ini.
Aku kembali menulis di sini.

Aku terasa berterima kasih dengan Andrea Hirata dengan karya Lasykar Pelangi yang menggugah jiwa dan membukakan mataku pada impian bukan sekadar mimpi. Seperti puisi lama yang ku tulis Bersayap Mimpi Dalam Hati

Mimpi itu bukan satu angan dalam gapaian bayangan fikir, ia adalah satu impian, cita-cita, kesungguhan yang dicintai. Mencapainya adalah kepuasan paling nikmat dalam hidup. Mencapainya pula bukan dengan renungan panjang sahaja. Aku akur banyak silap dan khilafku adalah kerana memandang diriku dengan rendah. Lalu aku meletakkan diri aku jauh dari penulisan. Aku kecewa dalam kecewa yang gila kerana aku kecewa sebelum mula.

Lasykar Pelangi menyedarkan aku mimpi yang diusahakan tanpa lelah pasti berhasil sangat manis.

Selamat Tahun Baru 1430 dan 2009.

Wednesday, October 29, 2008

How to Get from Where You Are to Where You Want To Be

If a man for whatever reason has the opportunity to lead an extraordinary life, he has no right to keep it to himself - Jacques-Yves Cousteau - Legendary underwater explorer and filmaker

If we did all the things we are capable of doing, we would literally astound ourselves - Thomas A. Edison



I can't hire some one else to do my push-ups for me.

Tuesday, August 12, 2008

Pelajar UiTM Tunjuk Perasaan

Semalam pembantu kepada pembantu ketua turus pemegang tombak Kerajaan Negeri Adikuasa Tanah Ini terkejut melihat sekalian rakyat jelata yang muda belia belaka berhimpun dengan berpakaian serba hitam dihadapan gerbang kota pentadbiran. Sayang sekali tidak dibawa kotak perakam gambar waktu itu. Telahanku gelagat luarbiasa ini pasti berkaitan dengan cakap-cakap Ketua Adikuasa Kerajaan Negeri Adikuasa Tanah Ini yang mahukan Gedung Utama Ilmu Tersohor Melayu di atas bukit itu menerima bangsa lain sebagai pelajarnya. Lalu berita malam tadi mengesahkan telahanku. Sudah lama seluruh pelusuk Kerajaan Adikuasa Tanah melayu termasuk Kerajaan Adikuasa Tanah Ini tidak menyaksikan rakyat jelata muda belia berhimpun sebegini ramai menyatakan pendirian. Jika tidak tujuan himpun-himpun cuma untuk aksi terbang di atas kenderaan dua roda.

Mereka bersemangat menyanyi lagu rasmi Gedung Utama Ilmu Tersohor Melayu dan lagu warisan. Masih ingat lagu warisan? Aku bisa menangis dan tombak yang ku pegang bisa patah kerana kejapnya genggamanku.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita


Para sahabat yang masih ingat lirik ini, boleh sambungkan. Daku tidak ingat keseluruhannya.

Aku melihat beberapa perkara,

Gedung Utama Ilmu Tersohor Melayu di atas bukit itu baik untuk anak bumiputra yang miskin dari seluruh pelusuk kampung yang tidak akan berpeluang belajar di gedung ilmu berbayar. Peluang yang dibuka kepada bangsa lain akan menutup peluang bangsa asal tanah ini kerana tempatnya telah diambil. Jika mahu dibuka kepada bukan bumiputra juga, harus pula kolej-kolej swasta milik bukan bumiputra meningkatkan pengambilan pelajar bumiputra dan kerajaan menyediakan mekanisma biasiswa khas untuk pelajar bumiputra yang masuk ke kolej swasta kerana yurannya yang mahal.


Tiadalah kuasa atau hak perundangan kepada Ketua Adikuasa Kerajaan Negeri Adikuasa Tanah Ini untuk melaksanakan cakap-cakapnya itu.


Walaupun Gedung Utama Ilmu Tersohor Melayu dibuka kepada bukan bumiputra, ia sekadar menjadi seperti IPTA lain. Budaya pergaulan pelajar Melayu, Bumiputra, Cina, India di IPTA tidaklah mesra alam pun, sekali-sekala terpaksa membentuk kumpulan tugasan mengikut syarat pensyarah iaitu mesti ada komponen antara kaum. Kumpulan pelajar cina akan memaksimumkan ahli kumpulannya dengan pelajar cina sahaja dan akan kutip seorang pelajar bumiputra untuk melengkapkan syarat.

Bagiku itu adalah tanda bibit keretakan perpaduan kerana sebenarnya tiada interaksi persahabatan antara kaum berlaku. Kenapa itu berlaku? Perpaduan teras kejayaan tetapi sejauh mana kualiti perpaduan yang kita miliki?

Bagiku sekolah adalah alat perpaduan yang paling berkesan. Pendidikan bermula daripada anak kecil, tetapi anak-anak kecil kita tidak belajar di sekolah yang sama. Melayu di sekolah kebangsaan, Cina di sekolah jenis kebangsaan cina dan india di sekolah jenis kebangsaan tamil. Anak-anak Malaysia membesar dengan hanya mengenal bangsa sendiri. Tidak mengenal mengapa mereka harus membesar bersama di Tanah Melayu yang kemudian menjadi Malaysia. Semasa tanah ini bergelar Tanah Melayu, anak-anak imigran di Tanah Melayu diterima dengan syarat mudah kerana semangat hendak merdeka yang menghantui Tunku Abdul Rahman. Dato' Onn Jaafar berkeras dengan pihak British mahu hanya kaum pendatang yang taat kepada Tanah Melayu diterima menjadi warganegara Tanah Melayu. Prinsip Dato' Onn Jaafar melambatkan usaha ke arah kemerdekaan. Sudah masuk bab sejarah ni! Sila rujuk Pengasas Negara Bangsa tulisan Prof. Ramlah Adam.


Sebagai pembantu kepada pembantu ketua turus pemegang tombak Kerajaan Negeri Adikuasa Tanah Ini, aku telah melihat sedikit yang dilepaskan, banyak pula yang diambil peluang.

Sudahlah Tunku Abdul Rahman banyak melepaskan sehingga kita hari ini meyaksikan hasilnya. (Aku rindu Dato' Onn Jaafar).


Gambar dipetik daripada Berita Harian

Thursday, August 07, 2008

Pesta Buku Selangor 2008

Perasmian Pesta Buku Selangor Tahun 2008








Saudara Kangaq membelek buku yang dieditnya. Tak puas hati la tu.





Transgenesis, karya saudara Amir Husaini. Cantik covernya, dari sinopsisnya cerita ini menarik untuk dibaca. Arghh, tak beli sebab dah bajet untuk buku lain.




Serunai Faqir, Kak Halilah dan beberapa penulis PTS menemankan murid-murid sekolah dalam aktiviti PTS yang dikelolakan oleh Alif Firdaus.




MB Selangor melawat booth PTS dan membelek buku Pak Samad Said. Dua gambar di bawah ni ehsan dari hubbyku, belakios .




Pak Samad dan Sonata Pohon Ginkgo. Buku ini adalah himpunan puisi Pak Samad semasa berada di Korea. Dah ada dalam koleksiku dari Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 di PWTC.

Paksi








Kebenaran itu bukan milik pihak yang satu atau sebelah sahaja
Kebenaran mutlak itu milik Allah SWT
Kebenaran itu pahit dan kadangkala kebenaran itu tersembunyi
Kebenaran itu perit dan kadangkala kebenaran itu tersepit

Bagaimana jika melihat ketidakbenaran dalam jasad disangka kebenaran
Begitulah penulis mati dalam kebenaran dan juga dalam kepalsuan

Friday, July 25, 2008

What Color Girl Are You?



You Are A Green Girl

You feel most at home in a world of ideas.
You're curious and logical - and enjoy a good intellectual challenge.
You're super cool, calm, and collected. Very little tries your patience.
Your only fear? People not realizing how smart and able you are!



http://www.blogthings.com/whatcolorgirlareyouquiz/

Thursday, July 17, 2008

Cuba-cuba Kamera Baru di Taman Burung KL


Masuk taman burung, tapi bunga jugak subjek yang disukai. hehe..





Jangan la segan-segan, menyorok pulak dia di balik batu tu.






Sedapnya buah betik ni, baik aku makan cepat. Sebelum depa yang lain datang.




Eh, mana ada aku makan. Aku pun tak sempat jamah betik tu, ada burung lain kebas.



Akulah paling jelita di taman ini. Tak percaya ke.

Thursday, July 03, 2008

Menjenguk Tanah Daluwarsa



Sempadan Kota Arlusa


Kesatria Kota Arlusa dalam siaga. Perintah Putera Durmaz agar mengelakkan sebarang perkara sengketa yang memulakan pertarungan nyawa diikrar setiakan.

"Penduduk tidak boleh keluar dari kota buat masa ini demi keselamatan."
"Kesatria yang berkawal, sentiasa sedar siapa di sisimu dan walau apa jua yang muncul, tetap berkawal di sempadan, tanah Arnish larangan sama sekali walau seinci."
Ruhul Namaz, Ketua Utama Kesatria Kota Arlusa menyampaikan perintah.

"Ada sesuatu yang tidak enak berlaku dalam Tanah Arnish." Putera Durmaz Adreuarsa menjawab persoalan kesatria-kesatria yang mula bertanya-tanya sesama mereka.

"Tuanku, ada khabar mengatakan Maharaja Arnish sudah goyah. Itu baik untuk kita mengorak langkah sebelum mereka."

"Tidak, itulah yang dinantikan oleh Ruwen Shar. Tentera Arnish dalam kekuasaannya dan kejatuhan Maharaja Arnish tidak akan mengubah apa-apa. Jika Ruwen Shar bangkit, bukan saja Kota Arlusa yang bahaya, malah Tanah Daluwarsa seluruhnya." Putera Durmaz Adreuarsa meluahkan bicara yang sekian lama membelenggu fikirnya. Fikirnya yang turut disokong Tuan Arja Wisda, cendekiawan negara Adreuarsa.

***

Durmaz hendak mengelakkan perang. Malah dia berpendapat Maharaja Arnish itu lebih baik daripada Ruwen Shar, adinda Maharaja Arnish yang menjadi kepala Tentera Arnish. Risik rahsia yang dihantar Durmaz bertemu maharaja Arnish benar-benar mengganggu kelangsungan tumpuannya pada perhimpunan adikuasa Daluwarsa. Maharaja Arnish sudah terlalu goyah kerana kekuasaan Ruwen Shar, malah memohon bantuannya!

Berita kegoyahan Arnish itu sudah jadi bual bincang dalam setiap pertemuan Raja-raja Daluwarsa. Semua berpendapat ia adalah peluang baik untuk menyerang Arnish, ketika raja mereka lemah. Putera Durmaz seorang yang menentang.
Persidangan Adikuasa Daluwarsa bakal menyaksikan Durmaz terpaksa membuat perhitungan sendirian. Khabar-khabar angin mengatakan Durmaz mempunyai hubungan dengan maharaja Arnish mendatangkan prasangka raja-raja daluwarsa terhadap Durmaz.

Langsung prasangka dan kebencian itu bertambah-tambah apabila Raja Raisar Newisa menyatakan hasrat untuk memberikan pedang cahaya ketaatan kepada Putera Rameul Adreuarsa anak Durmaz yang masih kecil. Semua raja-raja Daluwarsa menentang kerana Raja Raisar tidak mengikut adab raja-raja Daluwarsa. Bendahara Iluk Namaz kuat menentang hasrat Raja Raisar itu dan disokong kuat oleh Raja-raja Daluwarsa yang lain.

Prasangka dan sengketa itu amat diidam oleh Ruwen Shar. Tiada yang lebih mudah melainkan musuh yang berhati rapuh, berdengkian dan bersengketaan sesama mereka.

***

"Jika rakyat Daluwarsa mengetahui, mereka pasti akan berada di belakang ku. Namun itu bukan urusan ku untuk memilihkan kepercayaan mana yang harus mereka tegakkan dalam fikir. Aku tidak memerlukan Pedang Cahaya Ketaatan untuk memaparkan jujurku dalam jiwa rakyat."

***
Pedang Cahaya Ketaatan, pedang rasmi Kerajaan Daluwarsa yang agung itu adalah hak Putera Hati Suci mengikut adab Raja-Raja Daluwarsa. Pemegangnya akan dapat memahamkan kejujuran Putera Hati Suci dalam jiwa sekalian rakyat dan memupuk setia kepada Raja Daluwarsa yang berhati suci. Namun manusia haloba hanya melihat kuasa pemiliknya yang diangkat sebagai Raja Daluwarsa Agung di tanah Daluwarsa.




Ariyatna
Puteri Daluwarsa

Sindrom Takut

Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. Sabagai muslim kita percaya qada' dan qadar. Namun aku tak akan berhenti bertanya diri sendiri apa akan jadi pada diri ku, keluarga ku dan masa depan ku. Sindrom takut ini merejam hati. Apatah lagi bila ada khabar angin yang maha deras mengatakan kakitangan yang tidak menetap-netap (kontrak) mungkin tidak disambung. Begitulah hidup. Adikuasa yang mengaku pembela hanya membela urusan politik.
Milik siapa rakus itu
Ia milik semua manusia
Yang hanya memandang kuasa tanpa cinta

Thursday, June 26, 2008

Kebebasan

Kebebasan mencari sumber
Kebebasan membaca
Kebebasan memilih
Adalah hak milik individu
Adalah hak asasi seorang manusia

Adikuasa mana jua yang menghalangnya kebebasan itu telah melanggari prinsip hak asasi itu. Justeru bagi ku tiada beza siapa jua adikuasa itu, yang dalam barisan atau dalam pakatan jika apa yang harus di baca dipilih kan untuk ku.


Ada apa dalam 100 hari itu. Ada pemegang tombak yang tidak bergerak dari ruang tugasnya, hanya memandang dan merumus apa jua dalam benaknya. Dalam benaknya seorang.


Ariyatna
Pemegang tombak yang berfikir.

Thursday, May 08, 2008

Bangsa suka senang lenang

Bangsaku yang lelaki suka bersenang lenang dan kerja yang senang-senang. Cukup masa minum petang senda gurau ketawa mengekek.

Yang jenis-jenis ini baik digantikan dengan bangsa-bangsa lain yang mahu kerja.

Monday, April 14, 2008

Degupan Jantung Sastera

Adakah jantung sastera ku masih berdegup? Adakah aku masih hidup dalam rona indah warna puisi? Ternyata aku menipu diriku sendiri. Melenyapkan sendiri apa yang menjadi diriku. Bukan siapa-siapa yang melarang diri, bukan jua segala penghalang itu menjadi tembok tinggi kerana pilihan orang lain. Justeru, musuh itu adalah diri sendiri. Pemusnah degup jantung sastera itu adalah diri ku sendiri.


Biarkan dia mati! Kematian dia tiada kuburan! Dia mati dan mati lagi!

Jika dia mahu hidup, dia sendiri akan memanjat kuburannya!


Benar apa dengan diri? Terlalu banyak yang disimpan dan tersimpan sejak sekian lama. Warna puisi yang berkitar di laman ini juga pudar selama mana ia ditinggalkan. Ibarat teratak yang dibiarkan tanpa bertuan. Tiada dijaga dan dihiasi. Tetapi untuk apa menghiasi sahaja. Jiwa itu bukan sekadar perhiasan. Ia adalah nyawa dan jantung sebuah sastera.


Mendambakan buah ilham yang ranum, harus aku menanam dulu pokoknya. Dan aku tidak menanam sebarang pohon, malah rumput juga tidak. Seorang penakut itu aku. Seorang penakut tidak layak pada penanya.

Lalu kata-kata George Orwell di dinding kedai buku Borders benar-benar menghantui aku!

"Good novels are written by people who are not frightened" - George Orwell


14 April 2008 (tulisan ini juga bertangguh...$%#&%^*$ ... marah pada diri)




Tuesday, April 08, 2008

Hanya Sebuah Dewan (Pustaka Cerita Maut)

Ia hanya sebuah dewan yang menjadi pustaka
Buat menyimpan tulisan sehingga dihujung waktu
Untuk dijual dengan sehelai ringgit
Khazanahnya adalah amarah seniman
Yang seninya tidak diletakkan kemuliaan

Ia hanya sebuah dewan yang menjadi pustaka
Buat menyimpan tulisan sehingga dihujung waktu
untuk dibungkus jadi hadiah beli satu percuma satu
Kuburan keramat buat sasterawan
Yang tulisnya tidak dipanjikan dengan makna

Ia sebuah dewan yang menjadi pustaka cerita maut
Penuh keranda duka para pecinta bahasa

Tuesday, March 11, 2008

Ada bicara sepi yang terhimpit dalam hati di tanah yang ku cintai
Bila sinar yang diharap oleh setiap hati mungkin punca sirna cahaya nanti

Monday, February 18, 2008

Satu kehilangan Lagi

Al-Fatihah buat Allahyarham Zafran aka Panah Arjuna

Suatu kehilangan yang tak terucapkan
Dia antara sahabat yang awal menggamit penulisanku
Satu kehilangan lagi dan kali ini kehilangan seorang kekanda dalam penulisan.

Suatu kehilangan yang tak terucapkan kata.