Monday, September 17, 2007

Abah pergi dalam damai menyahut panggilan Ilahi pada tanggal 2 September 2007, jam 7.45 pagi. Aku masih merinduinya. Saat menaip ini aku menangis sehingga kabur butang huruf atas keyboard. Aku sangat merinduinya.

Kasihnya menumbuhkan pohon meredup jiwa
Perginya abah menghilang puisi pada jiwa
Perginya abah menghilang kata bermadah
Perginya abah, menerbangkan rasa dalam jiwa
Yang ada hanya air mata dan kenangan.

Astarghfirullah... berkali mohon keampunan pada Allah Yang Maha Mengerti ...Maha Mengetahui. Namun air mata tetap jatuh pabila wajah abah singgah di jiwa.

Segala yang ada dalam diriku adalah kerna sentuhannya.
Pemikiran
Pandangan
Citarasa
Kehalusan
Kesenian
Keindahan
Segalanya adalah sentuhan hatinya

Dan air mata ini keras mengalir. Betapa rindunya pada abah. Mahu berkongsi bicara dengan abah seperti dulu. Tapi ingin itu mendatang rasuk yang mengharukan jiwa.

Astaghfirullah...Adakah hamba Mu ini boleh diselamatkan.
Adakah hamba Mu ini layak diselamatkan.

Buat teman yang mengucapkan takziah, terima kasih diucapkan. Buat teman-teman lama, teman-teman yang baru mengenali dan yang baru menjejaki blog ini, terima kasih kerana menjenguk diri ini. Maaf jika blog ini mengecewakan kamu. Kerana aku sendiri mengecewakan diriku.

Al-Fatihah buat abah.

10 comments:

zalisa maz said...

Apa2 pun, biarkan sabar itu meresap perlahan ke dalam jiwamu, sayangku.

Yang bernama Siti said...

Takziah Ariyatna.

walkthrulife said...

Semoga tabah. Takziah dan Al-fatihah buat arwah

ISBIHA said...

Selamat berpuasa, dan seterusnya selamat berhari raya.Semoga Allah tetapkan imanmu, tabahkan hatimu, kuatkan semangatmu dan kentalkan azammu menghadapi segala cabaran hidup. Semoga roh ayahanda tersayang tergolong ke dalam kumpulan roh orang-orang yang beriman. Amin.

DHIA said...

Al-Fatihah..

bulan said...

Al-Fhatihah..
Bulan doakan awak tabah.dan kekuatan itu ada dlm diri kita sendiri..apa yg awak alami, dpt saya rasakan ..
be strong k..

jeffrockers said...

puteri .. lama tak kelihatan rupa2nya berdepan dengan saat2 yang sungguh sukar. 17 sep saya bertolak untuk tugas luar lalu hanya hari ini saya mengetahui berita ini. takziah. semoga ayahanda ditempatkan bersama org beriman. bersabarlah dengan ujian besar dalam ramadhan dan ambang syawal ini.

Jiwa Rasa said...

Salam Takziah. Moga yang tinggal diberi kesabaran menghadapi dugaan.

MYA MARJA said...

Kekecewaan pasti ada, dan akan sentiasa ada selagi diri sendiri mahu menghampirinya. Lalu, usah biarkan diri dipeluk kecewa. Sesungguhnya kecewa dan derita insan lain amat melata di muka bumi ini.

Guruku pernah menyebut bahawa, jika ingin membandingkan kedaifan, kesedihan, kekurangan, bandingkan ia dengan insan yang lebih dahsyat badai ujinya. Maka, dengan izin Allah jiwa akan tenang.

Takziah...!

Arif said...

Death comes and goes
the most rightious person
on this dunya is lost
believe that person goes to jannah
so you will reliefed
why be in pain?
when you will not gain
the death angle is around the corner
to put the death blanket on

just say Alhamduillah May Allah subanahu wa ta'ala take me to better place(InshaAllah)