Wednesday, June 27, 2007

Doakan Ayahanda Saya Sembuh

Ayahanda saya sedang uzur
Derita menangani kanser kolon yang baru disedari
Sudah lelah ke hospital kerajaan sana-sini
Banyak sudah ubat diberi dan dicuba bagai eksperimentasi
Namun perhatian diberi setelah ujian darah klinik swasta mencabari

Ayahanda saya sedang uzur
Ku tak mampu hendak menuliskan di sini
Kerana sesuatu yang harus ku simpan hingga pasti
Ku pohon teman semua mendoakan ayahanda saya sembuh


Ariyatna Adri
Shah Alam
28 Jun 2007

15 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Doa saya sentiasa bersama.

mki said...

Saya mendoakan agar ayahanda cepat sembuh dan dimudahkan Allah hendaknya.

Ainin Naufal said...

Moga beliau lekas sembuh.

Nisah Haji Haron said...

Salam,
Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada ayahandamu dan seisi keluarga dalam menghadapi dugaan ini. Allah tidak akan menduga hambanya melainkan mereka yang dicintai-Nya.

DHIA said...

penyakit yang sering kedengaran di mana2 kini..

doa dhia ayahanda ariyatna cepat sembuh.. tabahkan hati..

Farahz said...

saya doakan ayah ariyatna sembuh hendakNya. penyakit adalh satu ujian terhadap sang manusia.
Bersabarlah.

jeffrockers said...

Semoga ayahanda kembali sihat. Amin

macai_suci said...
This comment has been removed by the author.
macai_suci said...

Doa saya mengiringi ketabahan hati anda. mudah-mudahan kasih sayang anda akan membawa rahmat buat ayahanda anda...insyaallah tiada yang dapat mengatasi kudratnya selain doa yang ikhlas dan berterusan...

Gelembai said...

moga sembuh, banyakkan makanan berasaskan kubis mengikut satu petua

mohamadkholid said...

Doa saya bersama, semoga tabah menghadapi dugaan...

Serunai Faqir aka SF said...

semoga kau sudah bangun dari lenamu, Ariyatna!

jeffrockers said...

apa agaknya khabar ayahanda ariyatna ?

Serunai Faqir aka SF said...

Harap bersabar atas segala, meski mudah bg saya utk memperkatakan kerana sdr yg memikulnya.

walkthrulife said...

moga sabar menghadapi segala dugaanNya.