Tuesday, January 30, 2007

Dari Kota Di Atas Perbukitan

Puisi
Aku ingin mengutus dikau
Dalam kamar Unika
Kata jiwa harus hadir
Rimbun rasa harus lahir
Masih aku disini
Meraih masa yang tidak terluang
Masih.


Karya
Aku ingin menyirami dikau dengan benih rasa dan ilmu
Menyuburkan perjuangan seorang Ratna Mulya
Sehingga aku bergelumangan dengan risalah
Sehingga aku bercintaan di taman lawnet yang asing
Dan sehingga kini aku masih berhutang soalan
Yang harus aku tanyakan.


Persidangan Adikuasa Utama dan Pahlawan Pelusuk Negeri
Aku bertarung
Menghunus pedang
Kepada musuh yang sebenar


Kitab Perintah Utama Persidangan Negeri
Aku menghadap dikau walaupun perisaiku hilang
Waja atma dan utuh tubuh sahaja yang kubawa menghadap
Seberat mulia kitab seberat itu jua utuh tubuh ini harus dikejap

Persidangan Adikuasa Pelusuk Negeri
Aku akan menyelesaikan dikau dengan pedang ku ini
Pedang cahaya ketaatan ini bercahaya kembali
Kerna dikau juga musuh sebenarku kini
Sehingga aku kehilangan masa bercinta buat karya dan puisiku.

Ariyatna
8.35 malam, kota di atas perbukitan, Shah Alam.


Apa yang aku miliki adalah diriku
Apa yang aku kerjakan adalah diriku
Apa yang aku perbuat adalah diriku
Apa yang aku fikirkan adalah diriku
Apa yang aku usahakan adalah diriku

Aku cuma ada satu diri untuk perbuat semua yang harus aku perbuat.
Dan ada manusia yang mahu aku perbuatkan kerja dirinya yang harus dia perbuat.
Aku cuma ada satu diri untuk perbuat apa yang harus aku perbuat dan apa yang harus dia perbuat.

Ada manusia yang bangga dengan apa yang diperbuat sehingga itu disebutnya berkali-kali, tetapi apakah yang dikau perbuat itu sungguh? Atau cuma melepaskan apa yang patut-patut. Lalu aku juga yang perbuat ia supaya kapal tidak karam kerana lubang-lubang yang ditinggalkan tak bertampal. Aku jua perbuat ia.

Jangan mudah percaya pada manusia yang kejar nama, gaya dan penampilan. Profail ini membahayakan.

4 comments:

elhakim said...

wah... sungguh puitis sang pu3.

aku tidak tahu cara... bagaimana kamu suami-isteri berbicara dalam bahasa harian.

he.he.he.

jaffrizaini said...

"Aku akan menyelesaikan dikau dengan pedang ku ini
Pedang cahaya ketaatan ini bercahaya kembali
Kerna dikau juga musuh sebenarku kini
Sehingga aku kehilangan masa bercinta buat karya dan puisiku"

... jangan dimusnahkan kesemuanya nanti seluruh pelusuk negara menerima khabar bahawa seorang puteri amok dalam persidangan adikuasa negeri ...

Serunai Faqir aka SF said...

sila teruskan!

Serunai Faqir aka SF said...

Manusia mmg mudah lupa akan hakikat kejadian dirinya yg hina. Selalu rasa bangga dengan hasilnya sendiri tanpa bresandarkan kepada Ilahi.