Wednesday, January 17, 2007

Cinta Menyintai Cinta

Suatu tika dulu
Aku mati sebelum waktu
Kerna tiada nyawa cinta dalam dadaku
Saat melewati usia jagungan
Kitab tersingkap dan tinta tertulis
Seperti musim buah ranum
Jendera aku seusai musim
Kerna tiada nyawa cinta dalam dadaku

Suatu tika yang tiada jejak
Aku seperti kekasih yang bangun dari pusara
Mendengar seruan cinta menyintai cinta
Lalu ketemu sekudup bunga cahaya atas cahaya
Mahu mekar dalam telapak tanganku
Cinta mahu aku berfikir supaya ku bercinta
Cinta mahu aku bercinta supaya ku berfikir
Cinta mahu aku hidup dalam matiku
Cinta tidak mahu aku mati dalam hidupku
Kerna cinta itu santapan kalbu
Kerna nama benar cinta itu ilmu
Tanda kekuasaan Yang Maha Esa
Tanda orang beriman dan bersyukur

16 Januari 2007 (Selasa)
Shah Alam


Ilmu menyintai ilmu. Mengapa tidak aku temui ini dalam zaman persekolahanku. Betapa aku telah mensia-siakan zaman mudaku (aku belum tua sangat pun). Aku memang membaca, tetapi membaca yang aku suka atau perlu sahaja tatkala itu. Kini, aku seperti kehilangan sesuatu. Ada sesuatu yang tidak aku isikan pada waktu persekolahanku, ilmu. Aku mengakui aku membaca dan aku cemerlang dalam setiap peperiksaan utama sekolah, tetapi aku hanya membaca untuk menjawab soalan peperiksaan. Lalu, selepas selesai peperiksaan, memori jangka pendek itu segera luput dari ingatan. Aku menyesali kerana menzalimi otak ku. Aku telah mensia-siakan neuron-neuron dalam tempurung kepalaku.
Kini, aku berusaha mengutip kembali apa yang telah kucicirkan. Membaca. Dimana saja jika sempat aku mesti membaca. Kerna aku tak punya banyak waktu. Menulis. Dimana saja jika terlintas aku mesti menulis. Kerna aku tak punya banyak waktu.
Ke mana waktu itu pergi? Ia ke medan perang yang menghunuskan dendrits demi dendrits dari neuronku. Ke mana lagi, kalau tidak di atas meja kerja ku.
Taufan kerja sudah melanda. Banjir kerja pasti melanda. Aku menerima sahaja.
Ada yang menarik hendak ku tuliskan berkenaan konsep Nigerian Way sejak September 2006 di sini. Waduh! 2007 ni! Juga aku mahu tuliskan tentang buku yang baru selesai ku baca, Confession of an Economic Hitman. Waktu sudah berputar ligat dilanda taufan. Taufan kerja!

8 comments:

zalisa maz said...

Membaca, ya membacalah apa sahaja yang boleh merangsang mindamu kepadaNya.

elhakim said...

hah tula..masa muda dulu ko asyik membaca novel..

paling tidakpun mangga

atau ujang

elhakim said...

Pu3 amidala-eldaluwarsa,

in response to ur comment dlm blog aku.

sbnrnya N3 aku itu berbaur politik. masking yg digunakan adalah rupa-paras.

Hanya segelintir shj yang faham. he..he.he. (yg x faham tu aku biarkan jer)

tentang wanita cantik, mempunyai carrier bagus dan berumahtangga BUKAN LAGI PERSOALAN dalam N3 aku. AKU X PERNAH FOKUS AKAN WANITA BEGITU untuk N3 aku kali ini.

aku cuma fokus wanita ANDARTU SHJ (Yang tidak pernah kahwin. dan bukan juga janda). (pls read carefully)

Hampir 100 peratus dikalangan mereka mempunyai masalah penampilan diri. Ada juga yang cantik cth: susan lancaster.
Itu, aku x nafikan. Tp majoriti....

Kalau kau tengok sendiri pun kau akan tahu. Kadang2 kita terlalu bersikap wishful thinking. Memberi harapan yang hampir tiada pada mereka. Pada aku, there's no win-win situation di sini.

Orang2 berkuasa,ternama,dan bergiat cergas dalam arena politik tidak pernah terlintas di hati mereka untuk menjadikan andartu-andartu ini sebagai isteri mereka yang ke-3 mahupun yang ke-4. Padahal kemungkinan wanita2 ini akan menambahkan lagi kekayaan mereka.
sbb mereka berkarier.


he...he..he.. (sindiran aku sahaja)

Puteri Daluwarsa said...

Kim,

Aku suka hipotesis kau kali ini.

Manusia(dlm kes ini, lelaki), akan mengejar wang, kuasa, wang....tak puas...wanita cun...+ wanita cun. Konflik antra wanita cun dan kuasa...letupkan..oppss.

Kim, kau suka perempuan cun kan. Jaga2 perempuan cun suka shopping. tapi kalau perempuan x cun kaki shopping lagi buruk.

Kalau kau jumpa perempuan cantik yang bijak lagi tidak suka bershopping, bertuah sungguh badan.

Hmm... bertuah sungguh Leonidas Spartacus. Aku perempuan cantik yang bukan kaki shopping. Tapi tak dapat tahan diri bila masuk MPH, Kinokuniya dan Borders. Hehe

Persoalan kemanusiaan, majoriti manusia kini dah tidak menjaga hati dan sudah tidak menjaga akal.

Yang penting duit ada masuukk. Itu ayat yang selalu aku dengar. Materialistik itu rumit asal-usulnya. Ia punca kepada manusia inginkan wang, kuasa, kereta mewah, rumah mewah, perabot mewah, wanita cun dan darjat/besar diri aka besar kepala.

Bila materialistik dah subur....
bangsa pun hancur....

elhakim said...

timakasih, sbb kau suka hipotesis aku.
he.he.he.

persoalan aku suka atau tidak suka wanita cantik bukan suatu persoalan kerana diri aku tidak pernah hadir dalam kemelut manusia spt yang dinyatakan. Jauh sekali untuk mengecewakan wanita2 yang tiada rupa menarik. he..he..he..

tup..tup..tap... ada wanita yang ditinggalkan.
tutp tup tap..ada lelaki yang berkahwin lebih daripada dua...

Yang pastinya itu bukan hasil kerja aku.

he..he..he..

Aku diibaratkan sebagai suatu entiti yang paling innocent yang cuma menyuarakan pandangan yang sememangnya telah diketahui umum.

Sama dengan analogi sperti berikut:

1. Puteri_Amidala menolak majoriti Lelaki Melyau kerana kebanyakan lelaki itu adalah kurang keupayaan dari segi Materialistik dan terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah.

Aku tiada halangan jika mana-mana perempuan berpendapat begitu.

oh ya.. Aku tidak faham phrase ini.

"Hmm... bertuah sungguh Leonidas Spartacus. Aku perempuan cantik yang bukan kaki shopping. Tapi tak dapat tahan diri bila masuk MPH, Kinokuniya dan Borders."

Leonidas tu wanita cantik?
Kinokuniya itu siapa? wanita cantik?
aku tu siapa? kau?

Leonidas(macam nama lelaki bunyinya. leonardo D caprio kot)

he..he.he.

vague la..

he..he..

Puteri Daluwarsa said...

Kim,

Leonidas Spartacus itu suamiku. Yang aku link di pautan dengan nama techno warrior.

Kinokuniya itu kedai buku di KLCC. Hanya gedung buku itu sahaja yang mampu mengujakan aku bila berkunjung ke KLCC.

aku itu aku. Bukan orang lain.

elhakim said...

ElAmidala,

he..he..he..

nickname suami aneh. macam nama dulu2 .
maka fahamlah aku.

wasalam.

jaffrizaini said...

Wahh ! Baru ku tahu siapa gerangan Techno Warrior itu .. walaupun rupanya tidak ku kenal tetapi ....

hahh :) semoga kalian aman berdua lagi damai selamanya.