Tuesday, December 12, 2006

Manusia Mati Yang Hidup

Ilmu seperti cahaya matari
Lintasan menerangi hati
Berpasak pada masa yang tidak dilupai
Seperti tinta alKindi dan AlFarabi
"Kerana manusia berilmu tidak mati sesudah mati,
dan manusia hidup seperti mati jika tiada ilmu"

Waktu berhempas pulas merakam peristiwa, namun;

Manusia mengetuk pintu diri
Demi persoalan keinsanan
Demi persoalan kehidupan
Demi persoalan pencapaian
Seperti Socrates dia berteleku
Puncak fikirnya setinggi pundak
Berpintal ligat membenam akal
Manusia mati yang hidup
Mahu mati ternama
Mahu mati berharta
Mahu mati berjenama
Mahu mati berkuasa
Mahu mati bertema
Mahu mati berhamba
Mahu segala atas nama cita


12 Disember 2006

Hakikat manusia zaman kini.

Sabtu yang tragis, aku keracunan makanan. Ahad yang lebih tragis, aku ke karnival jomheboh menemani adik-adikku yang datang dari kampung. Aku cuma nampak unsur hiburan dan komersil saja dalam karnival ini. Tiada yang hebat apatah lagi yang menyumbang kepada masyarakat.

Baik, ada Kedai Dawama. Tapi juruwang amat tidak mesra pelanggan. Saya beli buku tau, bukan jual buku! Ada hadiah percuma, rupa-rupanya buku lama yang perlu dilupus dari stor dibungkus dalam kertas hadiah.

7 comments:

zalisa maz said...

huhuhu... keciannyaaaaaa

elhakim said...

la.... awat tak tengok tajuk buku tu...
lerrr.. rugi...
pulangkan balik
refund.

Anak Bumi said...

dari pegi ber'heboh', lebih baik pegi giant 13, lepak kat kiosk 2nd hand book tu.

Tapi temankan adik2 dapat pahala kan?

:)

jaffrizaini said...

semoga puteri sembuh sediakala dari keracunan mknan. jomheboh ? tepat sekali pilihan isu kali ini. TV3 mmg masuk bakul angkat sendiri bila menghebohkan ttg sambutan orang ramai seolah-olah satu dunia terpesona dengan nama Jomheboh :P

sudah menjadi kebiasaan TV3 menjatuhkan hukuman sosial ke atas sesiapa sahaja yang pada fikirannya adalah penyusah masyarakat .. tapi siapakah agaknya yang ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman yang sama ke atas TV3, bila mereka pun sama juga menyumbang benda2 yg tak berfaedah kpd masyarakat ?

Puteri Daluwarsa said...

kanda zalisa,

dah sihat dah ;D


Elhakim,

Tak dipulangkan pun, tajuk buku percuma tu Biru Warna, sebuah novel yang ku kira tidak dapat dijual kerana sudah sangat lusuh warnanya.


Anak Bumi,

Hmm...lepak juga di situ.
temankan adik2 ku memastikan mereka tidak terpengaruh dengan komersialisme dan hedonisme melampau. :)


Jeff,

Itulah taktik TV3 untuk lakukan karnival mereka. Sebenarnya ia strategi mengaut keuntungan selain daripada iklan. Cuba bayangkan nama2 syarikat komersil yang memenuhi jomheboh membuat tarikan jualan dengan pakej2 produk. Semuanya adalah teknik pemasaran. Setiap gerai itu membayar sewa kepada tv3 pilihan hati sapa ntah tu.

Jika mereka tidak dihukum disini, mereka akan dihukum juga nanti. Mereka mungkin sedar tetapi terikat dengan nilai keberuntungan. Nilai keberuntungan pula lebih diutamakan dari nilai kemurnian, sebab akauntabilitinya nampak dalam penyata akhir tahun. Siapa tak mau untung?

Sebelum balik, aku didatangi seorang perempuan memberi borang soal selidik. Dengan sarkastiknya aku mengisi borang soalselidik tu, supaya mereka tau orang tidak gemar dengan budaya hiburan yang dikendong-kendong di batu jemala TV3. Adakah aku mewakili statistik 0.00001%? entahlah, aduh anak bangsaku.

karl Firdaus said...

Syukurlah kalau sudah sembuh sepenuhnya.... tapi macam mana boleh keracunan makanan daaa ...?

Karl nak tanya, 'Jomheboh' tu apa maksudnya .... sekadar ingin tahu .. bolehkan...???? hee hee

Puteri Daluwarsa said...

Dinda karl,

alahai, makan yong tau fu yang dibeli di pasar malam. naya perut dibuatnya. Tapi dah baik dah.


Jomheboh tu karnival yang dianjurkan stesen TV3. Dihebohkan selalu diTV3 bahawa stesen TV tu dekat dengan masyarakat. Cuma, yang tidak menyenangkan aktiviti lebih kepada hiburan dan penjualan produk para pengiklan. Pada malam Ahad, bikin konsert sampai tengah malam.