Friday, December 29, 2006

Langkah Ini Sudah Berlari

Pencarian tanpa henti
Pencarian tanpa lelah
Pencarian yang pasti
~~
Langkah ini sudah berlari
Tak mungkin kembali
~~
Seperti Pendeta Mesir bercanda
Papyrus yang dahaga tinta
~~
Langkah ini sudah berlari
Tak mungkin kembali
~~
Seperti Ratna Mulya bertingkah
Berpencak juang seindah madah
29 Disember 2006
~~~#~~~
Salam perjuangan
Tinggalkan saja 2006
Sahut terus 2007
Tak perlu toleh lagi
Depan sana jalan kita
~~
Keras itu semangat
Peduli itu hemah
Fikir itu hikmah
Depan sana jalan kita
~~
Pandang dengan benar
Susur dengan rencana
Tiada rentak tak bermakna
Depan sana jalan kita
~#~
Selamat Hari Raya Aidiladha
Salam Tahun Baru 2007

9 comments:

jaffrizaini said...

salam azam tahun baru 2007. satu kebangkitan nampaknya?

ps : bgmana keadaan sekeluarga dan situasi banjir di Johor semasa Aidil Adha ..

Serunai Faqir aka SF said...

berapa lama lagi dinda Ariya harus berlari?

elhakim said...

bagaimana sekarang dengan peperangan2 itu????

elhakim said...

aku meniliti pautan pada blog kau ini.

aku dapati..
kau terlalu minat sangat dengan star wars aka darth vader yer...
bagus..bagus...
x ramai manusia perempuan yang meminati star wars...

kostum yang mereka gunakan sangat bagus sekali sbab tu la kau minat pada darth vader... dan special effect yg digunakan... opppssss aku silap...

heran aku...perempuan boleh minat star wars...

aku meminati star wars sbb terdapat bahagian2 spt di bawah ini.
1.banyak lawan-lawan
2.ada laser-laser
3.laju
4.kesan bunyi menarik.
5. ada han solo kelakar.

6. aku benci yoda dan alam sekeliling. sebab buruk.

7. aku suka imperial sebab teratur... ada innovasi. macam askar german.

8. ada jet imperial-tie-fighter.
9. ada millenium falcon

aku tak dapat hendak mentafsirkan pada bahagian mana jika manusia perempuan spt kau meminati star wars...

he..he.he....

mungkin kau meminati bahagian percintaan antara darth vader dengan pu3 Amidala kot...

***entah****

p.s: sungguh aku memang x faham kau.

Puteri Daluwarsa said...

jeff,

satu penghijrahan daripada suatu state of mind kepada suatu state of mind yang lebih baik. salam tahun baru 2007 dan 1428 untuk mu juga. :)

tak dapat balik ke muar. Mak mertua ku melarang kerana tak ada air. atuk dan nenek suamiku yang tinggal di sri medan terpaksa menumpang dirumahnya. Sri medan banjir teruk.

Kanda SF,

aku tak boleh berhenti berlari sebab nanti ketinggalan banyak.

Elhakim,

peperangan itu sedang memberati Pahlawan Kota Arlusa.

Kenapa aku minat sw? aneh sangat ke perempuan meminati sw?

yg aku suka dlm sw:-

1. light saber
2. lawan2 pedang cahaya
3. jedi mind trick
4. peperangan di angkasa
5. milenium falcon & Han Solo
6. x wing
7. star destroyer
8. rebellion
9. puteri leia yang mengetuai rebellion
10. Han solo yang macho.
11. cerita manipulasi politik utk dapat kuasa. cuba bayangkan republik bertukar jadi empayar. Bukankah itu macam sejarah Republik Rom jadi empayar milik Ceasar.
12. Kisah cinta Han Solo & Leia (baca Novelnya-Courtship of Princess Leia)

secara keseluruhannya aku lebih minat episod 4-6.

hehe..kau tak faham. tak per, aku dah biasa. Orang yang lebih dekat di sekitar aku juga tak faham aku.

Serunai Faqir aka SF said...

Aduh masih berlari lagi dia ini?

elhakim said...

puteri Daluwarsa,

TUKAR saja NICK kamu kepada

Puteri Amidala...

kerna ia amat sinonim dengan dirimu

he.he..he..he..

elhakim said...

Siapa tahu...

apabila kamu bangkit dari tidurmu...
wajahmu saling tidak tumpah dengan wajahnya...

he..he...he...

...dan darth-vader-muda dari shah-alam akan datang melutut di hadapanmu..membawa setangkai orkid.

Puteri Daluwarsa said...

kanda SF, saya masih berlari. kalau boleh nak tambah kelajuan.

elhakim,
darth vader itu kecelaruan mindanya. Sehingga yang batil dan yang benar tak dapat beza. Walau segunung emas dibawa melutut di hadapanku tak ku peduli. Inikan pula setangkai orkid yang dipotong dari dahannya. Bukankah itu kezaliman terhadap bunga orkid yang mekar di jambangan pasunya.
hehehe...

Star destroyer itu buatan Kuat drive yard. Buatan Malaysia tu. Kuat tu kan bahasa Melayu. hehe