Monday, November 27, 2006

Perhimpunan Adikuasa Pelusuk Negeri

Aku lelah
Dijenuhi seluruh akal dan kudrat
Demi perhimpunan adikuasa pelusuk negeri

Lalu ku pohon, moga Allah mengubati lelahku
Dengan seberkas tinta ilham buatku lakarkan hati
Demi bahasa dan hikmah yang bernyawa dibenak insani


27 November 2006 (Isnin)


Aku terlalu letih menegakkan kekuatan yang bertiangkan tanggungjawabku terhadap tugasku yang satu ini. Memastikan perjalanan perhimpunan adikuasa pelusuk negeri berlangsung dengan lancar dan damai. Kudratku sebagai serikandi seringkali diuji, namun aku tetap menguatkan diri. Biarpun aku cuma serikandi, aku bangga. Pahlawan gagah yang seringkali mengangkatkan diri dengan kejantanan mereka, seringkali tidak bertahan sehingga purnama menampakkan diri di langit malam. Perhimpunan adikuasa pelusuk negeri ini, bertunjangkan kekuatan serikandi biasa cuma. Bukan aku seorang, tetapi serikandi-serikandi yang berjuang sama dengan ku. Moga Allah memberikan kami lebih kekuatan dan kesihatan.

Pahlawan gagah berani, simpan saja lagakmu dalam peti kayu di rumahmu. Serikandi-serikandi ini tidak heran dengan lagak bongkak mu.

8 comments:

zalisa maz said...

si gagah2 berani itu tidak punya apa2 andai serikandi yang menjadi sayap mogok! huhuhu

Mersik said...

Aduhaii.. berkali2 pokcik menggaru kepala cuma memahamkan segala. Namun terkoma2 jualah jadinya..alahaii

Err perhimpunan adikuasa nih ada makan2 tak? gegegeg hik hik..jgn lupa pokcik yek..hik hik

rastom said...

Tuan Puteri,

Adikuasa yang ditonjolkan itu penuh kepalsuan. Semakin pudar, luntur keyakinan ramai keadikuasaannya, laksana si Tua yang disuntik Botox berkali kali agar kelihatan muda.
halwa romantis

Nur Raina Afsana said...

Biarlah, adinda. Biarkan sahaja. Sehingga kini, memang mereka menyangka merekalah yang terhebat di dunia. Mereka tidak tahu, tanpa Serikandi seperti kita, hendak masak nasi pun mereka tidak tahu..huhu....

Gelembai said...

aku, aku hampir terlena di sini. apa pun ikutlah ruang gelembai, walau tak banyak, sedikit mengenai nihongo (bahasa jepun) boleh anda pelajari.

Anak Bumi said...

salam ariyatna,

blog menarik, ayat yang cantik.

teruskan usaha.

Salam perkenalan disahut,

Farez @ Anak Bumi. :)

thanaif said...

Assalamualaikum Sdri Ariyatna,

Adinigrat kini upaya menyebarkan nilai mulia andai terikat kukuh di jiwa panji keimanan kerana hukum sejarah kini wanita tidak semata penghuni teramai di dunia, bahkan di tangan mereka terdidik kuntum-kuntum bunga bangsa.Cuma kemana dan bagaimanakah atma jiwa digurindamkan setelah sekian kalinya atmosfera semakin menipis hingga atom terurai berpisah juzuk menikam parah akidah akibat bersanggah.Bagaimanakah mahu diraut wajah rupawan dara andai tulen asli ramai yang tertawan mahu ditawan.Adiwangsa memerlukan adiratna yang kukuh kental roh dierat dakap syumul syariah tidak sekadar disimpul bahkan diikat agar ia tetap tidak tercemar oleh maju moden jaya didikan dari neraca luar.Barulah lelah dikira setimpal.Tidak harus luruh airmata pada sesal yang sendiri menempa.

jaffrizaini said...

asalamualaikum puteri daluwarsa.

walaupun lewat .. akhirnya saya bertemu kekuatan untuk menaburkan tulisan di blog ini. Adikuasa 'negeri' dan adikuasa 'negara' tiada beza. Kita yang berada di balik tirai inilah patriot yang sebenar-benarnya.