Monday, November 20, 2006

Ayat-ayat Cinta dan Bengkel KarnaDya

Rumput semakin menghijau di kakiku
Langit semakin membiru di kepalaku
Sayap yang kusimpan ditapak tanganku
Kupakaikan ke jiwa nubariku, untukku terbang
Pantas menyusup segenap pelusuk alam

Langit biru itu tersenyum kepadaku.

21 November 2006 (Selasa)


Alhamdulillah. Debaran menantikan hari bengkel KarnaDya telahpun reda. Bengkel itu telah pun ku hadiri pada hari Sabtu lepas, 18 November 2006. Dr. Rahim memberikan penerangan berkaitan penggunaan tatabahasa terutama Kata Tugas. Walau pun, pengajaran Dr. Rahim hanya perkara asas dalam tatabahasa, ia menyedarkanku banyak lagi yang perlu dipelajari.
Kak Aina Emir telah membakar api semangat semua peserta bengkel. Kata-kata hikmah Kak Aina menyusup dalam jiwa kami seperti ayat-ayat cinta sehingga aku jadi rindu bayangan dengan bengkel itu.
Seperti yang Kak Aina katakan, hendak menjadi penulis memang banyak rintangan, rintangan-rintangan itu tidak boleh dijadikan alasan. [Hatta, kesibukan bekerja yang menuntut hingga ke malam sekalipun! (Arghh, kuat semangat seperti Puteri Daluwarsa!)]
Paling Kak Aina tekankan, disiplin. Mesti memperuntukkan masa penulisan khusus dalam satu hari. "Tulis! jangan tak tulis!". Menulis juga tidak boleh ikut mood, tapi bila kebuntuan melanda melanda cari Kamus Dewan, kutiplah apa jua perkataan yang menarik minat mata dan himpunkan. Perkataan-perkataan itu boleh digunakan semula semasa menyambung penulisan.
"Betul kata Kak Aina, bila kala rajin buka Kamus Dewan, puisiku ada kosa kata baru. Waduh, sudah lama tidah membedah Kamus Dewan."
Mari menulis sahabat-sahabatku, pena itu tidak harus kekeringan tintanya!







9 comments:

zalisa maz said...

ya, ya, kanda sedang mengasah mata pena setajam2nya. agar 'cerita cinta kita' itu siap mengikut jadualnya. lalu dinda bagaimana?

Serunai Faqir aka SF said...

Emmm ... mari kita sama2 hidupkan perjuangan kita yg sudah hampir malap dahulu, saya telah menghantar sample bab 1 kpd karynadya ... hehehe bertincak cepatlah wahai dinda ariya ...

Puteri Daluwarsa said...

lalu dinda ariyatna terketar membaca komen kanda zalisa dan kanda SF.

terke..tar...ke..tar nih.

Wahai mata penaku...

Abang Long said...

Teruskan usaha dan tajamkan mata pena ....

Nur Raina Afsana said...

Asah, jangan tak asah... huhu... selamat mengasah adinda-adinda ku semua.

Nyzra Azira said...

hmm betul.. aku juga bila kebuntuan kata akan mencari perkataan yang menarik minat mata di kamus bagi menyambung penulisan yang tergantung

zalisa maz said...

kesabaran sudah semakin menipis. cebisan manuskrip kanda yang dinda mahu tulisi itu bila mahu dinda titipkan? atau dinda mahu kanda cincang2 mata pena? ***wink***

Mersik said...

Waduh! begitu semangat2 sungguh kalian semua hendak menulis. menyebabkan pondok buruk pokcik tergegar2 sama dek kerana semangatnya yang membara2..

Memang niat suci yang tulus2, mulus2, pulus2, kalkulus2 dan kultus2 itu tak harus disekat2 dengan alasan yg remeh2 dan serba mengada2..

Ayuh! teruskan lah berusaha. Nescaya , dengan izin Tuhan, pasti akan berjaya..mudah2an hik hik.

(Yg berpena tapi tumpul matanya..)

thanaif said...

Assalamualaikum Sdri Ariyatna,

Menarik biar pun sukar diterjemah...
Di situ letak bahasa yang beramanah
Di tafsir untuk siasah...
Di bentuk buat kaji ilmiah...
Namun andai mudharat ditimpa dari Allah...
Ada sesiapa yang dapat menahan jika bukan menadah?
Berusahalah untuk mendapat hidayah.

Beradministrasi menghimpun para adinigrat mohon bersembah pada adipati namun celanya tidak adiwangsa itu mahu mengiyakan "Aku hanya akan mengikuti perintahAllah dan tidak akan mentaati perintah siapa pun dari makhlukNya."

Tatkala debar menyuluh sempit
Kitar raga panik dihukum oleh kudrat iradatNya
Ulang cemas sering meningkah
Kaku berpaut beku
Untuk menghayat makna tersirat
Lalu...
Tidak berbekas meretak atau tersumpik
Tatkala diselongkar erti musibah
Terfitrah dari nuthfah menjadi Alqoh berubah menjadi Mudhghoh
Janin-janin itu memperoleh nyawa
Jiwa membesar menyangkar nama
Perkasa membilang benih-benih kuasa
Lalu...
Masihkah bahasa dinoda oleh warna yang sirna?

Salam Ukhuwwah.