Tuesday, November 14, 2006

Ariyatna Wisesa


Ariyatna Wisesa

Langkahnya jitu

Jiwa atmanya tiada longlai

Kerana hidupnya sebagai Puteri Daluwarsa

Aku,

Hanya meminjam semangatnya,

Kerana aku bukan Puteri Daluwarsa,

Di tanganku hanya sekeping mimpi yang bersayap,

Dibawah langit yang hendak kudakap.

Siapakah Ariyatna Wisesa

Ariyatna Wisesa adalah puteri yang lahir dalam keluarga diraja Daluwarsa. Lahir dalam Kerajaan Daluwarsa yang telah menjadi tiga, Kerajaan Yura Wisesa. Sebagai puteri sulung dia diberi gelaran Puteri Daluwarsa. Gelaran itu bermakna dia adalah bakal maharani Daluwarsa jika dia berkahwin sebelum usia adinda lelakinya ditabalkan sebagai Putera Daluwarsa. Tetapi ayahanda Ikned Wisesa, enggan menerima Ariyatna mengatasi putera Aomiyan.

"Aku tidak mahu dianugerahi gelaran Puteri Daluwarsa, sekiranya anugerah itu menjauhkan kasih ayahanda."

"Biar aku mencari Hikayat Daluwarsa Agung yang hilang itu. Kerana laknatnya keturunan Adreuarsa itu, sehingga mengotori bangsa Daluwarsa."

"Moga ayahanda memandangi aku dengan rasa kasih dan bangga bahawa puterinya berjasa menemukan Hikayat Daluwarsa Agung yang telah hilang dalam perang Adreuarsa."

Siapakah Ramidri Adreusa?

Adakah darahnya dari Raja Adreuarsa? Ariyatna belum mengenalinya, apatah lagi bersua. Benarkah?


9 comments:

elhakim said...

bahasanya ku kira indah.
nama-namanya sungguh asing sekali.

Bangsa apakah ini?

Puteri Daluwarsa said...

Bangsa Daluwarsa.

Ia bangsa yang hikayatnya masih dibisikkan dalam desiran angin dicelahan pohon Balusa.

Hikayat Agung Bangsa Daluwarsa telah hilang dalam perang saudara. Mereka semua sedarah, tetapi memusuhi seperti tidak sebangsa.

Yura Wisesa, Adreuarsa dan Newisa adalah dari bangsa yang satu, kerana nafsu kuasa mereka berpecah menjadi tiga negara.

Moga Puteri Daluwarsa menemui Hikayat Bangsa Daluwarsa dan moga ia bisa menyatukan mereka.

WarnaSari said...

Sahabatku Puteri,
Saya suka nama ini...dan hikayatnya...namun kecantikan dan keunikannya menjadikan ianya indah...

Nur Raina Afsana said...

Mereka pernah bersua, di suatu senja... di musim nan lalu... ketika itu hujan rintik... terpukau dia menatap wajah Puteri Dalurwarsa... di remang sinar cahaya pelangi... Lalu sang Puteri tersenyum, dia menyesali diri, tak tahu apakah erti senyum sang Puteri....(he he he... adinda ku puteri, jangan marahhhh!!!)

Nyzra Azira said...

hmm.. rasa terlinkung dalam zaman kesultanan lama pula..

Pawana Malam.. said...

memang indah...mmg hakikat manusia..suka yg indah2 saja kan abg hakim? ahahahha...

Puteri Daluwarsa said...

warnasari,
terima kasih kerana merasai keindahannya.

Kak Raina,
Dan sinar pelangi pun sirna dari pandangan mata. Hanya senyuman puteri itu bagai melambai-lambai memanggil. Puteri itu hilang seperti bayangan yang meresapi malam, namun tiba-tiba muncul dengan pedang kesaktinya.

Aduh! Mengapa bunga cinta ini musuh ayahbondaku! Rameul Adreusa masih kesal kerana tidak mengenali gerak hati puteri itu. (hehe, tak marah kak raina pun).

nyzra azira,
Puteri Daluwarsa cuba mempertahankan zamannya, semoga dia mampu meneruskan zamannya.

pawana malam,
Setiap manusia mempunyai makna indah yang tersendiri. Mungkin aku indah di mata putera cintaku, Sang Leonidas Spartacus dan tidak pula indah di mata elhakim. hehe

EyesOfNabil said...

Ariyatna,
Ku tlah jatuh cinta pada puteri itu...wuhuhu

Puteri Daluwarsa said...

Nabil, mungkin kau boleh jadi Rameul Adreusa. Putera yang jatuh cinta dengan Ariyatna Wisesa.

Jangan kau tanya kesudahannya denganku. Hehe..macam-macam boleh berlaku dalam kembara puteri itu.