Thursday, October 19, 2006

Cinta Dari Ilahi

Kekasih itu hendak meninggalkan daku
Walau telah ku dakapi dia dengan jiwaku
Dia hadir kerna anugerah Ilahi Yang Maha Tinggi
Buat manusia yang mahu meneguk cinta redha Yang Maha Agung

Embun Ramadhan yang membasah kala dinihari
Mensucikan jiwa-jiwa yang kering
Melembutkan hati-hati yang bertulang hasad
Menyamankan seisi benak yang menakung akal

Harapku ada cinta Ramadhan yang masih diam didadaku
Harapku ada cinta Ramadhan yang memutih pada tulangku
Harapku ada cinta Ramadhan yang bergaul dalam nafasku
Harapku ada cinta Ramadhan yang berarus dalam darahku

Kerana Ramadhan itu adalah cinta dari Ilahi Yang Maha Pengasih

4 comments:

azim said...

akhirnya kamu berpuisi semula..
indah sungguh kata-katamu..
aku terpana!

thanaif said...

Adakah sujud yang luka mendamba doa?
Teralpa lalu tersendu rasa memerah mata.
Dhammir yang dalam sanubarinya melaga minda menetas cela.
Rindu yang taat itu hina di dunia.
Namun bahagianya di syurga.
Serupakah kerinduan kita?
Belum bertamu di hari muka.
Sudah terjelma riak-riak sesal berhiba.
Usah ditindih culas yang jurangnya membongkah haloba.
Mengupas megah memperkelahikan lamunan silau oleh buntu kemilau congkak diri yang aibnya merendah duga.
Cinta adalah sayap rasa yang tegukannya sama buat seorang Tuan juga hamba.
Terpedaya oleh ashik bentara pengambat memukul nakara.
Namun sedari awal telah sumbang talun matranya.

Berkongsi pandangan mengecil perbezaan.
Terima Kasih !

WarnaSari said...

Kata-kata ini sungguh indah...
mengubat rindu saya pada puisi

Nur Raina Afsana said...

Jangan ditangisi Ramadhan yang pergi, kerana ia pasti akan kembali, mengizinkan hamba memperbaiki kekurangan diri...
Benar kata-kata Azim,
Puisimu menyentuh kalbu,
Aku menjadi sebak,
Menjadi seorang perindu...