Sunday, September 03, 2006

Kembara ke Negeri Siam 2



Kembara hari kedua bermula menuju ke perkampungan Puak Karen, berleher panjang. Pagi yang indah dengan pemandangan sawah padi.






Wanita di sini memakai gelung di leher. Gelung ini boleh mencapai berat sehingga 14 kilogram. Sebenarnya, bukan leher mereka panjang, tetapi bahu yang jatuh akibat menampung berat gelung.






Berhenti makan nenas yang dijual tepi jalan. Manis dan sedap.







Kedai makanan halal di Chiang Rai. Makan tengah hari di sini. Sup dagingnya sedap betul. Sampai sekarang masih terbayang. Fuh!









Pintu gerbang ke masjid. Lorong masuk di celah-celah bangunan kedai.








Tenang dan tenteram kawasan masjid ini.










Selesai makan tengah hari, singgah di sempadan siam-myanmar. Di sini barang kemas seperti batu-batuan ratna mudah didapati. Pintu gerbang biru itu adalah sempadan Myanmar.




Perjalanan hari kedua belum selesai. Nantilah, balik dari Nigeria aku postkan kat sini. Teman-teman semua, aku akan kembara pula ke Afrika Barat. Sekadar melunaskan tugas-tugas rasmi dan akan kembali pada 14 September 2006 ini.

Salam dan salam temu kembali nanti.

2 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

wah menarik sekali perjalanan sdri ...

Puteri Daluwarsa said...

iya, lepas Siam, saya ke negara banyak gendang. Lagu tradisi nigeria banyak guna gendang yang dipukul dengan rotan berhujung bengkok. Alunan iramanya buat kita hendak menari sama.