Tuesday, June 20, 2006

Aku Mahu Bangkit dalam Damai

Kuseru damai yang hilang
Bersama nafasku di awan
Tatkala sinar juang paling terang
Gelung akalku berkelibut
Aku dipeluk selut kemelut perjuangan
Sehingga nafasku sesak dalam kekuatannya

Aku mahu bangkit, tapi aku mesti bangkit dalam damai.

20 Jun 2006


Aku masih terkejut dan masih terasa seperti di awang-awangan. Aku boleh merasakan pengawasan minda ku berkurangan kerana ubat penenang yang diberikan doktor. Ah, aku benci disuruh bodoh begini.
Semalam aku diserang anxiety attack. Tidak boleh bernafas, tangan dan kaki kebas, kepala hampir kebas, aku hampir-hampir hilang sedar apabila memejamkan mata. Namun demi mengingatkan banyak lagi perkara yang belum aku lunaskan, kerja pejabat dan penulisanku, maka aku melawan. Aku bangun dan memanggil jiran menghantarkanku ke klinik. Maka aku terpaksa memaklumkan kronologi situasi yang membawa aku kepada serangan tersebut kepada Dr. Soraya.

"You're over do it."

"You have to slow down, not going to class once a while."

Ayat-ayat Dr. Soraya mengocak kolam damai hatiku. Aku tidak mahu tidak hadir kelas penulisanku. Aku tidak mahu tidak hadir kelas editorialku. Aku tidak mahu tidak hadir kelas hari Sabtu dan Ahadku yang menyalakan perjuangan dalam hidupku.

Aku juga harus meneruskan perjuangan penulisanku yang aku ladeni saban malam, walaupun geraknya seperti kura-kura yang baru belajar berjalan. Aku mesti meneruskan.

Serangan ketidaktenangan adrenalin ini terjadi, juga akibat aku mendesak diriku menyiapkan kertas kerja yang harus dibentangkan di hadapan adikuasa negeri sebelum dibentangkan pula dihadapan perhimpunan adikuasa pelusuk negeri. Kertas itu ku ladeni hingga jam 4.30 pagi sebaik sahaja pulang daripada bengkel karya pelukis dan penulis oleh Sdr Zunar, Ahad lepas.

"Your body clock warned. It want you to stop and relax." Dr. Soraya menegaskan.

Damai. Iya, itu yang aku perlukan saat ini. Ubat Dr. Soraya tidak mendamaikan, cuma menerbangkan aku di awan (rasa diawang-awangan).

Dr. Soraya pesan supaya aku pergi window shopping dengan adikku dan menonton wayang yang bodoh-bodoh. Wayang yang menggembirakan dan menceriakan. Wayang Melayu?
Tapi aku nak baca Sejarah Falsafah dan World's Mythologies yang ku beli, belum habis menelaah. Damai. Tidak damai juga.
Maaf puan doktor, pesakit puan yang ini memang degil. Tapi saya akan tonton wayang, Superman Return.

10 comments:

Romantis Selatan said...

hari ini saya menonton x-men. prof. charles masih hidup.

ilhaqim said...

jgn terlalu bergantung pd ubat sedemikian. tidak baik utk tubuhmu.

bukankah kita perlu belajar dari pengalaman sahabat kita?

Puteri Daluwarsa said...

romantis selatan,

awak menonton x-men yg mana?
sedih sy ramai sangat yg mati dlm x-men. kesian cyclop mati di tangan pheonix.


ilhaqim,

sy tidak suka ubat itu. Ubat penenang itu cuma buat saya terawang-awang, sedar tapi tak cerdas.

ISBIHA said...

Pak Mail dulu masa muda-muda juga kuat bekerja. Pak Mail giat dalam pelbagai NGO. Ada Su, ada Pengerusi, ada AJK. Bayangkan, satu malam mesyuarat AJK. Sebagai SU, habis mesyuarat terus tulis dan taip minit, saiklostail, masuk dalam sampul, tulis alamat dan tampal setem, kemudian poskan. Pukul 11.00 pagi esoknya, terima telefon dari YDP, hairan sebab dia sudah terima minit mesyuarat. (Bayangkan masa itu semua pakai taip atas stensil.) Tapi makan minum dan rehat kena juga jaga. Kalau bos bagi kerja urgent, Pak Mail kata, Pak Mail minta tak payah ke pejabat. Buat kerja di rumah, mesti siap. Kadang-kadng dah nak tutup pejabat,masa itulah dia bagi tugas. "Mail, siapkan teks ucapan, besok pagi saya nak pakai. Saya nak jam 7.30. Breakfast rumah saya," katanya.Tetapi segala-galanya mematangkan saya dan memudahkan kerja saya kemudian hari. Alhamdulillah, masih sihat hingga kini, dan terus bertugas dengan kerajaan walaupun masuk 7 tahun bersara wajib. Syukur. Pesan Pak Mail, berhemah berhemat dalam berkhidmat ke arah sihat dan selamat.

Mr. FAIZUL BIN KAMARUDDIN said...

nak tenang awak pergila bercuti.seeloknya pergi ke pulau.lepastu jerit sesuka hati.insyallah tenang...setiap masa ingat Allah

Mr. FAIZUL BIN KAMARUDDIN said...

saya pun sama juga.kadangkala kepala saya pening sebab waktu tidur saya dah tak menentu.

jus said...

Baca saja al-quran saban waktu selepas solat, minda akan tenang, hati akan tenang, bangkitmu dalam damai.... Insya Allah..

Moga jaya dalam karya

Salam

Gelembai said...

bercuti seminggu di sebuah pulau kecil, jauh dari radiasi berita. isolasikan diri. untuk sebentar. amat menenangkan diri. tapi itu adalah cara ku yang pertama.

Panaharjuna said...

Saja nak kasi stress sikit...

99H?

Puteri Daluwarsa said...

terima kasih atas nasihat teman2 semua.

panah, memang mendebarkan nama 99H tu. Ratnapati dah lama tak tidur lena.