Wednesday, April 12, 2006

Hati itu rapuh
Seperti dahan kering
Di padang kontang
Belati itu pedih
Tusukannya dalam
Tak akan mungkin sembuh

Rapuh, remuk, pedih dan segala
sedih yang parah itu
kubungkus dalam peti masa
biar jadi penawar luka


12 April 2006

Begitu lama aku menyepi. Membungkus diriku dalam kesepian yang lama. Kerana hati ku sedang luka dalam luka yang parah. Sudah lama berlalu, tapi masih luka. Haruskah aku menulisnya di sini? Tidak. Menulisnya akan melukakan semula tikaman yang telah sembuh. Betapa persahabatan tidak semuanya ikhlas seperti yang ku sangkakan. Betapa naif seorang insan bernama aku ini. Terlintas juga untuk mengkuburkan sahaja blog ini seperti aku mengkuburkan nama ku. Benarkah ini aku yang meracau, atau kelukaan itu yang meracau.

4 comments:

ISBIHA said...

Kuatkan semangat. Ada hikmat di sebalik khianat, ada baik di sebalik buruk. Contoh, mak cik yang didenda kerana tak pamer tanda harga ikan tongkol RM 45.00 mendapat rezeki melimpah ruah selepas itu ... Jangan palingkan jati diri.

Serunai Faqir aka SF said...

Emmm kenapa pula dgn ariyatna ni?

Romantis Selatan said...

sebab peristiwa Mak Ngah kena saman RM1000 tu lah, saya sekarang masih mengidam nasi dagang ikan tongkol...

tak sabar nak makan nasi dagang Mak Ngah...
---------------------
puisi ini... seakan-akan memberitahu,

penulisnya sedang menderita kerana tindakan seseorang.

penulis cuba melupakannya tetapi agak susah untuk melupakannya

kita ada kisah yang sama Tuan Puteri, saya juga tidak menceritakan semua kisah hitam masa silam saya... cuma 1/4 sahaja...

seperti Tuan Puteri, bahagian 3/4 itu tak dapat saya ceritakan kerana akan mendatangkan kelukaan yang lebih parah... lebih baik lupakannya... dan hadapi cabaran kehidupan dengan Tegas Dan Garang (Prinsip Jiwa Naga)!

jed1 said...

jgn ler berenti menulis...ada mood tulis, takde mood tak payah tulis :)