Monday, January 16, 2006

Aku di medan peperangan
Dengan kudratku yang tinggal sekerat
Ku tanya diri ku
Adakah daya kau mengangkat bukit
Hanya dengan tulang empat kerat
Hanya dengan kepala akal fikir mu yang lelah

Cahaya atma jiwa ku malap
Seperti bintang merah
Hanya tunggu masa untuk rebah


Namun di penjuru jiwa ini ada cahaya yang masih bersinar
Sinar yang memberikan harapan untuk ku jelajahi dunia

Tetapi aku masih di medan peperangan ini
Yang menuntut perjuangan dan atmaku
Mana harus kutautkan jiwaku
Agar aku masih berdiri sehingga ke penghabisan
Kerana aku tidak mahu terkorban dalam medan peperangan yang tak ku mahukan

16 Januari 2005
7.50 malam


Saat ini hanya dua perkara yang mampu mendamaikan rasa, iaitu menulis pengembaraanku dalam dunia fantasi yang tak bertepi dan tatkala solatku. Selain saat itu, aku merasakan aku manusia yang tak daya. Aku sudah penat, letih dan lesu dengan bebanan kerja yang asalnya bukit tetapi kini sudah menjadi gunung yang membanjar jauh dari utara ke selatan. Apakah fungsi aku di sini sebagai hamba yang harus menerima segala. Resmi pekerjaan, orang yang membiarkan dikutuk habisan, orang yang melunaskan diguna habisan.

Ya Tuhan Yang Memiliki Segala Kekuatan, hambaMu ini memohon diberi kekekuatan untuk meneruskan perjuangan kerana aku tidak mahu menabur pasir ke dalam periuk nasiku sendiri.

5 comments:

jed1 said...

may the force be with you...come come and join the dark side haha

dah keje jediadri camtu ler, buat je lah selagi terdaya

ISBIHA said...

Bina kekuatan untuk berkata "tidak" kepada tugas yang memang tidak upaya, atau bina rangkaian bagi melaksanakan secara muafakat. Muafakat itu berkat.

zalisa said...

ciannya... sabor, sabor. Teruskan perjuanganmu utk menyudahkan kerja2 tu... huhuhu

ghaz said...

cari jalan supaya lebih bersabar...

Ani said...

uhu...blog ni sgt best..kagum seketika...seagung namanya..Puteri Daluwarsa..