Sunday, December 18, 2005

Kemanusiaan Seorang Raja Kuasa



Ku buktikan cinta pada kemanusiaan
Sebuah impian negara merdeka
Terzahir dihujung pedang kasadku
Biar terluka insan-insan di bumi itu
Kerana mereka bukan rakyat ku

Ku pinta darah hitam yang terbenam
Sebagai ganti jenuh lasykar gempurku
Sebagai ganjaran tersungkur raja kejam
Andai bayi, kanak-kanak dan wanita terkubur
Tiada daya ku melentur ukuran
kemusnahan sampingan yang berhambur

Ku buktikan cinta pada kemanusiaan
Kerana akulah pelopor dunia kesejagatan padu
Di kaki ku Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Ku buktikan cinta pada kemanusiaan
Kerana akulah pelopor dunia keilmuan
Di dada ku ilmu bina senjata udah mapan

Ku buktikan cinta pada kemanusiaan
Kerana akulah pelopor dunia keselamatan
Mata risik yang mana musuh yang mana rakan

Ku buktikan cinta pada kemanusiaan
Kerana aku mampu membuktikan
Lantaran aku raja kuasa dunia kebinatangan


19 Disember 2005/17 Zulkaedah 1426


Masyarakat dunia harus memasang tekad yang tinggi demi memperolehi dunia yang aman tanpa perang. Usaha seorang insan tidak memadai, ia adalah usaha masyarakat dunia seluruhnya.

Pemikiran individu-induvidu hebat milik dunia yang mencintai dunia tanpa perang yang tidak hanya menjadi pemikir tetapi pemangkin geraknya laungan keamanan harus menjadi ikutan setiap manusia.

Tabuh yang dipalu berikutan Forum Keamanan Sejagat Perdana anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di PWTC pada 15-17 Disember 2005 tempoh hari amat lantang dan mendesing di telinga kuasa besar dunia. Adakah mereka mahu mendengar? Atau mereka memang tuli seperti selalu.

6 comments:

ghaz said...

Puisi yang bagus...dan juga foto yg mengharukan.

ghaz said...

kenapa dibiarkan blog 'dunia hari ini adalah lakaran khazanah silam' sepi?

jed1 said...

dunia tanpa perang....hmmm syukurlah kita hidup skrang bukan dlm suasana perang sebenar..cuma perang mulut, perang poster pilihanraya dan perang harga telco handphone :D

ghaz said...

Untuk masukkan lagu ke blog tu, memangnya boleh.
Ada bbrpa langkah yang perlu dibuat :
A.Save lagu ke PC
1. Save lagu dalam cd tu ke dalam komputer. Ianya akan auto save menggunakan ripper programme eg: Window Media Player.
2. Check balik file yg dah save tu. Pastikan dia dalam bentuk mp3 audio.
B. Save file di webhost
1.Kalau ada account Yahoo! cuba pergi ke sini :
http://geocities.yahoo.com/
Kalau takde account,create one.
2.di geocities yahoo tu, cuba cari CREATE & UPDATE. Di sini ada EASY UPLOAD. click pada itu.
3.Kemudian browse dan cari file yg telah disimpan tadi. then click UPLOAD FILES. Proses upload akan berjalan.
4.Habis saja upload, pergi ke file manager. check samada file tadi dah ada dalam senarai.
ada perkataan 'View" kat situ. 5.Right click pada situ dan pilih 'open with new window'.
pada new window tu, copy/salin url bagi lagu tersebut.
C. Masukkan lagu dlm template
1. Ni rumit sikit, kalau boleh sesiapa yg tahu pasal HTML lebih baik.
2. sign in ke blogger. dari dashboard, pergi ke template.
3. di template, awak masukkan code lagu (ini tidak dapat ditunjukkan di sini)
3. Masukkan di mana tempat yg bersesuaian di dalam template itu.
4. Buat try & error... gunakan 'preview' dulu sebelum 'save template changes'
5. dalam template tu, keyword yg perlu dicari adalah 'begin content right'. letakkan selepas 'link' atau 'achieve'.

Diharap ini dpt membantu. ada masalah email saya cekleeo@yahoo.com

ghaz said...

tadi saya nak hantar code untuk lagu, tapi tak lepas utk dimasukkan ke ruangan comment ini. Jadi utk dapatkan code itu..
1. pergi ke blog saya.
2. right click.. kemudian click 'view source'
3. akan keluar satu notepad..
4. kemudian buka menu..gunakan find
5. type 'embed'...
6. kemudian copy line tersebut .. dari < embed ....... sampai hujung
7. masukkan ke tempat yg saya katakan dlm entry sblm ini.

selamat mencuba!

aaai said...

salimna ~