Tuesday, December 27, 2005

Jediadri yang masyghul



Tuan Guru Luke : Mengapa serba sugul lagi masyghul perilaku mu?

Jediadri : Aku menghadapi tekanan di tempat kerja, tuan guru.

Tuan Guru Luke : Jangan biarkan perasaan marah menguasai dirimu. Marah itu kegelapan dan kegelapan itu kehancuran.

Jediadri : Pedang amarahku menyala terang, namun kusimpan supaya tidak membinasakan hati.

Tuan Guru Luke : Ceritakan kepada ku, barangkali aku mampu meringankan beban mu.

Jediadri : Tuan Guru tersohor kerana berjaya menewaskan Darth Vader dan palpatine, namun demi untuk meringankan beban ku ini Tuan Guru sendiri tidak berdaya.

Tuan Guru Luke : ?!

Jediadri : Tuan Guru tahu bulan apa sekarang?

Tuan Guru Luke : Disember

Jediadri : Bulan inilah segala yang tugasan bahagian kewangan datang bergolek ke bahu kiri ku, segala tugasan pentadbiran datang berguling ke bahu kanan ku, kerana pegawai atasan ku semuanya menghabiskan cuti dihujung tahun. Aku pegawai bawahan yang dikontrak ini jugalah yang memikul semuanya. Memandangkan Tuan Guru sendiri menawarkan diri, boleh Tuan Guru menggantikan saya. Cuti saya yang berbaki tidak boleh di bawa ke tahun hadapan. Huwaaaa!!

Tuan Guru Luke : Err...aku tidak dapat membantu mu.

Jediadri : Kenapa?

Tuan Guru Luke : Aku perlu pulang segera ke Coruscant sekarang, isteri ku Mara Jade sudah memanggilku untuk makan malam. Pesanan untukmu anak murid ku. Sabarlah. Teruskan berusaha menyudahi kerja mu, kerana setiap kesabaran pasti dibayar ganjaran.

Jediadri : Huwaaaa!

9 comments:

Perkasa Alam - Satu Kesinambungan said...

Kalo dijadikan komik "one-shot" amat menarik ini. Cuba usha-usha kot Alluvana boleh buat.

abdullahjones said...

:)

ghaz said...

Rupa-rupanya light saber itu cuma sebatang lampu kalimantang philips rupanya....
Adakah aku seorang sahaja yg tertipu selama ini?

jed1 said...

ambik ler apprentice sorang tolong buat keje...kata dah jadi jedi master dah grad akademi hehehehe

hepi new yr :)

slaywinter said...

(sambungan...)
tuan guru yoda: menangis jangan, jediadri. ada tuan guru yoda!

jediadri: tolonglah tuan guru yoda!

tuan guru yoda: tolong? ya! ya! tolong tengok, saya akan!

Panaharjuna said...

Jediadri yang masyghul...

ker mashur, ker samgol ? hahahaha....relek tuan guru luke tak leh tolong, lukemia boleh hahahaha...sabar vetagi sabar...
err...bahu dah robek ker pikul amanah tu tak masuk keje jadi penggadai mimpi gi ,hahahahaha...

Puteri Daluwarsa said...

jediadri: mengapa tuan guru Yoda mengganggu mimpi saya. Sedikit lagi saya hampir mengurat Han Solo.

Tuan Guru Yoda:Jediadri, lupa jangan kerja mu. selesai belum.

Jediadri: Arghh! Dalam mimpi pun tuan guru Yoda mengingatkan aku pada kerja.

Tuan Guru Yoda: selesai belum.

Jediadri: Arggh!

Ubi Wan Kelubi: Woi! Bisinglah!

zino said...

hahaha....

semuga kerja hujung tahun lalu dah berjaya di selesaikan..

zino said...

hahaha....

semuga kerja hujung tahun lalu dah berjaya di selesaikan..