Tuesday, November 15, 2005

Alif, Zafran, Faizah, Zalisa dan Hafez Ziyadi

Alif, Zafran, Faizah, Zalisa dan Hafez Ziyadi
Munculnya 5 pendekar sudah berjanji
Untuk mencari hamba yang bermimpi
Untuk memenuhi hasrat dihajati hati
Dengan bayaran tiada galang ganti

Istana Kelam tersimpan kesumat tempat ditujui
Sehingga tiada terlangkah bagi insan tak bermimpi
Semoga tersingkap pintu segala penjara misteri
Segala tersurat tersirat dan yang telah terjanji
Sehingga waktu tiada muda tiada rugi
Kepada tuan setia kasih sudah terpateri

Semoga lima pendekar tinta bersemi memekar seri
Terlangsung suatu lagenda yang melakur dalam sanubari


15 November 2005


Satu pertemuan telah berlangsung. Menemukan manusia yang berkelana di dunia ini dalam sebuah pertemuan yang sangat akrab walau pertama kali berhimpun demi untuk melaksanakan sebuah niat. Sebuah niat yang begitu tinggi demi menghimpunkan lima pena agar tertulis dan terlakarlah suatu lagenda untuk tatapan pembaca yang mengidamkan sebuah ceritera yang mencetus rasa dan menuntut keinsafan.

3 comments:

jed1 said...

Star Wars fan juga ye faizah :) ...welcomee hehehe saya mmg peminat tp takde la baca novel starwars yg panjang bebenor kisah konflik sith ngan jedi...Boleh share info strwars ngan awak pas ni :)

Panaharjuna said...

Topeng ko tak ada patern la Faizah, kosong jer, aku ingatkan topeng tu ada ukiran sikit ke...

Puteri Daluwarsa said...

ukir mengukir ni aku tak reti. belum belajar. topeng tu adalah kain mcm cerita puteri raja zaman dulu, tutp muka. kain tu bolehlah bermotif atau bercorak, terpulang pada pelukis ilustrasi.