Tuesday, October 18, 2005

Ceritera Indah

Rindu menyapa tangkai hatiku
Pada lepas nafas yang paling tulus
Untuk bait madah yang menjadi puisi
Untuk bingkisan indah sebuah ceritera

Cinta ku sudah terpaut
Pada lakaran kata tinta pena
Hanya ilham rasa kurniaan Ilahi
Memberi nyawa pada tinta ini
Untuk mengait impian dalam madah
Sebuah ceritera yang serba indah

Namun tiada terbanding jua kisah Nabi Yusuf Alaihissalam
Dari kalam Allah yang maha indah
Yang meruntun hati dan menyemai insaf diri


18 Oktober 2005/14 Ramadhan 1426

3 comments:

Latiptalib said...

assalamualaikum

faizah ada bakat dalam penulisan puisi. cubalah kirim ke surat kabar atau majalah.

zalisa said...

mmg indah ceritera ini apabila disajakkan. tahniah faizah.

Deanz said...

Menarik..teruskan menulis...