Sunday, September 11, 2005

Dil Chahta Hai

Aku teringat di final year kita tonton Dil Chahta Hai. Ia mengisahkan tiga sahabat yang sangat akrab, berkongsi segala suka duka dan gelak ketawa. Mereka berseronok dan bercuti ke goa seolah mahu melupakan apa yang bakal mereka hadapi selepas tamat pengajian.

Teringat bait kata yang penuh makna oleh Akshay Khanna "Kapal itu masih boleh dilihat dari kejauhan ini, akan datang kita tidak tahu sama ada ia masih disitu, begitu juga masa depan kita, tidak tahu bila kita boleh bertemu lagi" I am attached to those words, sebab aku ni yang paling sensitif, paling halus perasaan dan paling berseni(kata Atty) antara korang until Nina said antara tiga orang sahabat Dil Chahta hai itu, akulah watak Akshay Khanna, damn you Nina, of course I will not write the 4th reason. He..he..

I agree with Nina, Atty just like Saif Ali, so much trouble in love. Kisah lama, now you are settle down, we will not worry any more. Nina, your character suits Amir Khan, not just because you have car that drive us what ever we want, but you are so you, a girl who denied love for one boy that is meant for you, and he still is.

Kita begitu terpengaruh dengan Dil Chahta Hai, satu malam kita bertiga menuju ke PD, menghabis masa menikmati angin malam di tepi pantai PD, melihat bulan yang mengambang dan air surut di pantai. Malam tu kita berkongsi satu pengertian dan kita tergelak memikirkan kita bertiga seperti tiga sahabat dalam Dil Chahta Hai dan kita juga hampir menangis mengingati kata-kata Akshay Khanna. Kita kemudiannya mengolah beberapa dialog untuk mengenangkan saat-saat itu, Nina if you still remember what you said that night, kata-kata yang hampir sama maksud dengan Akshay's words, remind me, tell me. Seperti masa yang berlalu, begitu banyak perkara berlaku sehingga aku sukar untuk recall semula our dialog that night, adakah ia berkaitan dengan bulan, adakah ia berkaitan dengan air pantai yang surut, remind me.

Mengingati bukanlah bertujuan untuk bersedih hati. Memindahkan memori dan perasaan kepada tulisan bukanlah untuk mengungkit kesayuan jiwa. Ia ibarat sebuah tugu peringatan yang terpahat betapa kita punya saat-saat yang amat berharga yang nilainya tiada bandingan dengan harta kekayaan di dunia. Itulah persahabatan.

Masa memisahkan kita, tapi aku tahu di hati kita selalu ada pertemuan. Satu masa nanti kita bertemu, reunion.

1 comment:

honeyna said...

walah...
it really has been that long kot... even i almost forgot bout the trip to pd... yup.. it's kinda sentimental dak... kita nih jiwang gak kiranya kan... anyway... the fact about me... determine for that one true love... hem... betul lah kot... anyway... the line we used that night was... 'biar jauh mana dan seselalu mana ombak tu singgah dan hilang... pantai tu akan sentiasa setia di situ.. menenti hari ombak kan datang menyapa lagi... miss the old day... bad...